101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

Blogging merupakan bisnes besar sejak akhir-akhir ini, dengan beberapa blogger dilaporkan memiliki pendapatan jutaan dollar. Ada banyak cara yang boleh dilakukan blogger untuk mendapatkan cek dalam jumlah besar, dan cara tersebut haruslah tidak menakutkan atau menipu pelanggan anda.

Di sini http://smart-info.blogspot.com ingin berkongsi maklumat yang diperolehi berkaitan bagaimana anda boleh menghasilkan wang dengan menggunakan blog anda. Penerangan ini akan diberikan dalam beberapa siri dan siri-siri berikutnya akan diberikan di post akan datang.

Berikut disenaraikan SIRI 1 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :

Merchandising

Jika anda adalah blogger yang dicintai, ada kemungkinan para pembaca akan sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kedapa anda. Berikan apa yang mereka mahu dan cubalah menghasilkan wang dengan menjual produk-produk tertentu.

cafepress_pix.jpg

1. CafePress.com : Laman web kegemaran ini memungkinkan anda membuat logo blog anda pada baju, tas, alas dan barangan lainnya.
2. Menerbitkan Buku Sendiri : Jika pembaca anda menyukai apa yang anda tulis, mungkin mereka ingin memiliki dalam bentuk yang dapat mereka pegang saat online untuk ditunjukkan kepada rakan mereka. Hasilkanlah percetakan untuk menerbitkan buku sendiri dan anda akan menikmati keuntungan yang besar.
3. Printfection.com : Desain dan jual-lah produk yang anda buat sendiri dengan Printfection.com.
4. Kandungan Hard Copy: Buatlah produk dalam bentuk CD-ROM dengan kandungan yang dapat anda akses secara offline. Anda dapat mengambil langkah lebih jauh dengan menjual subscription update.
5. GoodStorm : Seperti CafePress.com dan Printfection.com, GoodStorm adalah cara baik untuk mencipta dan menjual barang buatan anda sendiri.

Kandungan Berbayar

Kandungan berbayar adalah cara terbaik untuk menghasilkan wang bagi para blogger yang secara reguler memberikan informasi bermutu - terutama jika informasi ini juga berguna bagi orang lain untuk menghasilkan wang. Jangan menciptakan preview yang boleh membuatkan kandungan itu tidak memerlukan untuk ianya dibaca penuh. Cubalah tarik pelanggan untuk membayar sejumlah wang untuk mendapatkan informasi bermutu dan lengkap.

ebook.jpg

6. E-Books: Merupakan kaedah informasi lengkap dengan tips terbaik dan idea yang disatukan - sebuah e-book memerlukan kandungan yang baik serta dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pembaca.
7. White Papers: Seperti e-books, white papers tampil lebih kecil namun memiliki versi teknik yang lebih banyak mengenai kandungan anda.
8. Layanan Telepon: Jual-lah layanan telepon yang memberikan nasihat dan layanan konsultasi.
9. Miniguides: Jika anda memiliki kemahiran yang boleh membantu seseorang, buatlah satu pakej yang mengandungi panduan dan tips dalam bentuk mini.
10. Tutorial: Kumpulkan pengetahuan anda dan kompilasikan mereka ke dalam bentuk tutorial yang didasarkan pada nasihat dan panduan pakar.
11. Hanya untuk ahli berdaftar : Apakah anda menyediakan akses kepada published items atau hanya merupakan kandungan bebas iklan, pastikan anda menyampaikan produk yang bersedia dibayar oleh para pembaca anda.

textmarksshot.png

12. TextMarks Inc : Kenakan bayaran kepada para pelanggan anda dengan layanan sms mengenai kandungan dengan TextMarks.
13. X-Events : Projek event fizik secara online dan hasilkan pendapatan dengan mengenakan bayaran pengurusan, sponsor dan menjual subscription pada event seterusnya.
14. Podcasts: Podcasts mungkin merupakan sesuatu yang baru bagi para pembaca anda, dan kebanyakan dari mereka mungkin bersedia membayar anda.
15. Video: Seperti podcast, video merupakan tambahan nilai kepada pembaca.

16. PayPal : Sistem Paypal membolehkan anda meletakkan butang sumbangan pada blog anda.
17. Amazon Honor System : Seperti PayPal, Amazon Honor System juga membolehkan anda menerima sumbangan secara online.
18. Cek : Tentu sahaja kiriman cek melalui peti surat anda juga dapat dilakukan. Berikan kepada para pembaca anda alamat lengkap kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan.
19. Sumbangan bentuk fizikal : Meminta sumbangan dalam bentuk fizikal atau barang lainnya dari pembaca yang ingin memberikan anda sesuatu dalam bentuk yang lebih nyata.
20. Amazon Wish List: Walaupun bukan dalam bentuk wang, mintalah pembaca anda untuk membelikan anda barang dari Amazon Wish List.

Kesempatan

Menjadi blogger berjaya bererti menjadi pakar dalam bidang anda. Anda dapat menggunakan status ini untuk menghasilkan wang disamping dapat meningkatkan nilai anda dimata pembaca.

21. Writing Gigs: Dengan menunjukkan kebolehan pada blog anda, anda boleh menyediakan perkhidmatan berbayar untuk melakukan sesuatu perkara kepada orang lain.

seminar2.jpg

22. Seminar dan Workshop: Sebagai seorang pakar, anda dapat mengundang pembaca untuk mengunjungi anda secara pribadi untuk seminar dan workshop.
23. Bloger untuk disewa : Menjadikan diri anda seorang penulis blog.
24. Pekerjaan Blogger : Seperti blogger berbayar, Blogger Jobs dapat menghubungkan anda dengan laman web yang sedang memerlukan blogger.
25. Offline: Bawalah kemampuan blogging anda kepada dunia yang lebih nyata dengan menjadi kolumnis pada buku atau majalah.
26. Guest Blogging: Cubalah menjadim tamu bagi blog orang lain.
27. Job Board: Jika anda adalah seorang yang pakar, ciptakanlah job board yang memungkinkan pembaca anda untuk menggunakan perkhidmatan anda.
28. Buatlah Station Radio: Dengan station radio, anda dapat memberikan fungsi-fungsi podcast, menjual spot untuk acara atau menjual iklan suara.

freelance.jpg

29. Konsultasi: Jika anda adalah seorang blogger yang berjaya, anda mungkin memiliki banyak informasi untuk dikongsikan. Jadilah seorang free lance dan buatlah diri anda dibayar untuk sesuatu yang anda tahu.
30. Berbicara: Blog anda boleh membuatkan anda dikenali oleh otai-otai blog dan boleh membuat anda diundang dalam berbagai pertemuan.
31. Buku: Banyak blogger dikenali setelah menghasilkan banyak penjualan buku.
32. Wawancara: Kongsikan pengalaman anda pada radio atau tv.

33. Pasarkan Produk Anda : Blog anda adalah forum terbaik untuk memasarkan bisnes anda.
34. Mencipta komunikasi disebalik bisnes anda: Sebuah blog merupakan satu peluang besar untuk mengembangkan bisnes dengan menjadikannya satu komunikasi secara terus kepada pelawat anda. Dengan menempatkan diri anda sebagai seorang yang suka bersahabat, bisnes anda menjadi lebih mudah didekati.
35. Eratkan Hubungan dengan Pelanggan: Di samping berkongsi pengetahuan dengan pelanggan dan sahabat, sebuah blog dapat menolong anda mengeratkan hubungan dengan pelanggan.

Iklan

Iklan merupakan mentega bagi roti untuk para blogger. Namun iklan juga kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang sangat mengganggu kepada pembaca. Untuk mencipta keseimbangan, Fokuslah pada sesuatu yang relevan dan pastikan anda tidak memenuhi blog anda dengan terlalu banyak iklan.

ypn-yahoo-publisher-network.jpg

36. Yahoo! Publisher Network: Tampilkan iklan laman web anda melalui Yahoo! Publisher Network.
37. ValueClick Inc : Anda akan mendapat iklan bermutu, bermaklumat dan teknologi muthakir dari ValueClick.
38. Tribal Fusion : Kesan Tribal Fusion didasarkan pada targeting dan optimisasi.
39. eXelate Targeting eXchange: Program ini bergantung pada iklan cookies yang tertunda.
40. Clicksor Inc : Clicksor memfokuskan iklan berbentuk kandungan yang dapat disajikan dengan cara yang berbeza, seperti text, grafik, dan in-line link.
41. Indeed: Post job listings dari Indeed dan dapatkan bayaran.
42. Chitika eMiniMalls: Promosikan produk melalui kios barang dan sediakan content relevan dan comparative shopping kepada pembaca. Anda akan mendapatkan bayaran setiap per-klik.
43. AdSonar: Tariklah perhatian para pengiklan dan ciptalah hubungan dengan mereka secara indvidu melalui platform ini.
44. ExpoActive : Dapatkan kebebasan dari iklan spesifik dengan ExpoActive.
45. AdVolcano LLC: Dengan menggunakan platform AdVolcano, anda dapat mereka cipta iklan anda.
46. eXelate Targeted Links: Pilihlah advertiser yang anda inginkan pada laman web anda dengan program ini.
47. grokAds.com : tetapkan harga anda dan pilihlah advertiser yang ingin anda terima dengan grokAds.com.
48. Adify : Dapatkan control editorial dan iklan bernilai tinggi pada laman web anda dengan menggunakan Adify.

adbrite.jpg

49. AdBrite Inc : dengan menggunakan Adbrite, anda memiliki pilihan untuk menerima dan menolak pada blog anda, anda bahkan dapat menjualnya secara langsung kepada pengguna anda.
50. BidVertiser : Iklan ini sepenuhnya dapat anda ubah, dan anda memiliki pilihan untuk menyekat iklan apa sahaja yang tidak anda inginkan pada blog anda.
51. Blogads: Dapatkan jemputan ke rangkaian blogger eksklusif ini, dan anda akan memiliki iklan berkualiti tinggi dan berkait dengan topik yang anda bincangkan di blog anda.
52. Casale Media: Dapatkan pengiklan berkualiti tinggi dengan Casale Media.
53. DoubleClick: DoubleClick menawarkan banyak penyelesaian masalah yang berbeza untuk anda.
54. BlueLithium: Dapatkan iklan yang lebih baik, tepat dengan sasaran dan berkerja sama dengan BlueLithium.

Cara Mengesan Blog yang Sudah di Link Dengan Blog Kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. sory sebab agak lama saya tak kemas kini blog ni. sekarang saya masih di peneng, urusan keja. sebuk sikit. bulan depan baru balik. apa2 pun hari ni, saya akan kongsi lagi tips dengan anda.

mesti ramai yang tertanya macam mana nak tau blog kita sudah di link back atau belum. sebenarnya, caranya mudah saja.

mula-mula kita perlu pergi ke http://technorati.com/

masukkan url blog anda dengan lengkap contoh; http://smart-info.blogspot.com pastu search. senarai blog yang sudah di link back akan terpapar dibawah.

Seandainya blog anda sudah di link tetapi anda belum lagi masukkan link ke blog tersebut, cepat-cepat masukkan sbb mungkin blog tersebut akan buang link blog anda jika dia tak nampak linknya di blog anda.

ingat, tukar link sagat berkesan untuk blog kita.

sebolehnya letak link blog tersebut di tempat yang mudah dilihat seperti di sidebar.
dalam buku joe camm seorang master adsense menegaskan tentang pekara ini.

ok selamat mencuba...

Kelebihan Link Blog Dengan Blog Tinggi PR

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni, Kali ni saya nak kongsi pengetahuan sikit dengan saudara saudari semua tentang kelebihan tukar link dengan blog terkenal.

Mengikut google, ada dua cara utuk kita penuhi supaya web/blog kita cepat naik atau populer dalam system carian google dan yahoo.

Pertama " content " isi kandunggan blog kita, hendaklah sentiasa di update dengan tersusun.
Kedua " link dengan blog terkenal "

Apa Itu Blog Terkenal?

Blog Terkenal Adalah blog yang tinggi "PR"nya (google page ranking) 4/10 atau lebih.

cara untuk kita chek PR kita atau mana2 blog yang hendak kita link, ikut langkah ini.

Anda Harus Pergi ke http://www.prchecker.info/
masukkan url di bahagian "Check Page Rank" dan clik chek PR.

Anda akan di beritahu kedudukan blog yang anda chek. sama ada 1/10 , 2/10 , 3/10 , 4/10 .... 10/10.

Blog cari rezeki ini misalnya adalah .... 4/10

apabila anda link dengan blog PR 4/10++, secara outomatik reboot google akan mengenal anda dan Ranking anda akan meningkat. jaga lupa, isi kandunggan website anda hendalah bermutu.

kenapa kita perlu mendapat ranking GOOGLE yg baik?

kalau ada yg mencari di google search engine dg kata kunci yg sama seperti "membuat blog", maka di halaman pertama google akan muncul 10 blog/situs yg mengandung kata kunci yg sama secara berurutan sesuai dg PR-nya. Yg akan tampil di nomor satu adalah yg PR-nya paling tinggi, disusul dg nomor 2, 3, dst.

Bagaimana Cara Mendapat Link?

Tidak semua blog populer mau memberi tukar link dg blog baru. Alasannya sederhana, tukar link dg blog baru pada dasarnya HANYA akan menguntungkan PR blog baru, dan sama sekali tidak berpengaruh atau malah merugikan/menurunkan status PR blog populer.

Karena itu, blog populer yg mau bertukar link dg para blogger baru pada dasarnya mereka "berkorban" sebagai wujud dukungan pada blogger baru dan karena itu hendaknya disambut dg baik dan diapresiasi. Ini yg tampaknya kurang dipahami oleh kalangan blogger baru yg marah-marah karena blogger lama, katanya, tidak memberi dukungan dalam bentuk "memberi komentar." Mendapat link dari blogger lama atas salah satu posting blog Anda juga akan menambah status PR blog Anda.


Budaya tukar link antara sesama blogger baru dan saling menyapa di shoutbox masing-masing harus diteruskan untuk menambah silaturrahmi dan saling promosi blog masing-masing.

Clickbank Untuk Usahawan Internet Malaysia

Clickbank untuk malaysia!

Setelah hampir 4 tahun rakyat Malaysia di”ban” oleh pihak clickbank dari mendaftar sebagai ahli mereka, hari ini, pihak clickbank telah membuka semula keahlian mereka kepada rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang masih tidak tahu apa itu clickbank..

“Clickbank.com adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan sistem pemasaran affiliate bagi penjualan produk-produk digital yang terbesar di dunia.”

atau.. bahasa mudahnya…

“Clickbank adalah lubuk emas untuk membuat duit di internet!”

Bagi anda yang memang ternanti-nantikan peluang ini, daftar segera.. jangan lepaskan peluang ini.

100 Cara Promosi (Download Percuma)





100 Cara Promosi & Tingkatkan Web Traffic Anda

Sumber | Download

Panduan Asas Ebay - Langkah Demi Langkah (Download Percuma)


Bahagian 1 : Pendaftaran (Register)
Bahagian 2 : Membeli (Shop)
Bahagian 3 : Menjual (Sell)
Bahagian 4 : Tips Berkaitan eBay

Sumber | Download

Kenapa ?? tak percaya ya….

Hari ini, saya ingin berkongsi bersama dengan sahabat-sahabat pembaca mengenai beberapa kepercayaan yang tidak tepat mengenai perniagaan internet. Mungkin secara tidak kita sedari kita juga bersetuju dengan apa yang sering diperkatakan seperti di bawah :-

i) Menjalankan perniagaan internet adalah begitu mudah
Salah satu punca utama kegagalan dalam membina perniagaan di internet adalah kerana kebanyakan kita merasakan ianya terlalu mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membina sebuah laman web, memasukkan gambar produk dan menunggu kedatangan
beribu orang pengunjung untuk membeli produk kita.

Kenyataanya, ia tidaklah semudah yang kita sangkakan. Namun ia juga tidaklah sesukar yang dibayangkan. Untuk membina sebuah perniagaan yang memberi keuntungan, ia memerlukan masa, komitmen dan kerja keras. Kita juga mestilah mempunyai satu
perancangan perniagaan yang jelas, laman website yang kompetitif dan menarik minat pelanggan secara berterusan melalui sistem pemasaran yang baik.

Berita baiknya, memulakan dan menjalankan perniagaan di internet sedikit mudah daripada menjalankan perniagaan tradisional kerana kos permulaannya yang rendah dan tiada pekerja diperlukan. Anda juga boleh memulakan sesuatu perniagaan dengan meluangkan
hanya dua atau tiga jam sehari di rumah.

ii) Anda akan memperolehi wang yang banyak dengan pantas
Ternyata tanggapan ini meleset sama sama sekali. Memang benar terdapat ramai usahawan internet yang telah berjaya menghasilkan sejumlah wang yang banyak, namun ia bukanlah dalam jangka masa yang singkat. Seperti juga perniagaan biasa pelbagai perkara perlu
dilakukan dan dipelajari terlebih dahulu.

Jangan pula anda patah semangat bila diberitahu mengenai kenyataan ini. Kebanyakan perniagaan di internet mengalami kegagalan kerana ramai orang menyangka mereka boleh mendapatkan ribuan ringgit dalam masa beberapa bulan dengan hanya sedikit usaha, dan seterusnya mudah kecewa apabila perniagaan mereka tidak berjalan seperti yang dirancang, kurang sabar dan mudah putus asa.

Sebagai usahawan, anda perlu mempunyai sifat-sifat usahawan iaitu tidak mudah putus asa, kuat semangat, keras hati dan sanggup menghadapi cabaran. Untuk berjaya sebagai usahawan internet, ia mengambil masa bagi anda mempelajari, trial and error, menarik pengunjung ke laman web anda, membina hubungan dengan pelanggan dan mendapatkan jualan.

iii) Memulakan perniagaan di internet adalah percuma
Untuk memulakan sebuah perniagaan yang baik, sentiasa terdapat keperluan untuk kita melabur sedikit sebanyak di dalam perniagaan kita. Ia juga memerlukan pengorbanan masa dan wang dalam menghasilkan pulangan. Untuk berjaya, kita seharusnya sanggup
melabur wang di dalam proses penyelidikan, pengiklanan dan menambah pengetahuan kita mengenai perniagaan internet.

iv) Internet sudah dipenuhi dengan jutaan laman website, jadi amatlah sukar untuk kita mendapatkan wang lagi
Memang benar terdapat berjuta-juta website di internet, namun ia juga menyerupai perniagaan di dunia nyata. Apabila banyak kedai, gerai, bengkel kereta dan barangan elektronik dibuka adakah ia bermakna peluang untuk kita berniaga telah tertutup?
sudah tentu tidak!

Kita masih mampu memperolehi pulangan yang lumayan jika kita dapat menjadikan produk kita unik dan menjumpai pasaran niche yang disertai dengan pemasaran yang berkesan. Nanti saya akan ceritakan mengenai pasaran niche pada masa akan datang kepada anda.

Walaupun terdapat berjuta-juta website di luar sana, tidak semuanya berjaya menghasilkan jualan seperti yang dikehendaki. Seperti juga di dunia nyata, terdapat berjuta-juta perniagaan yang belum berjaya kerana strategi yang tidak mengena atau
mereka sendiri tidak mengetahui apa yang diniagakan oleh mereka.

Google adsense… Fenomena tsunami Internet!!!

Tentu ramai dah biasa dengar pasal google adsense. Kenapa ramai sangat orang berminat dengan google adsense nih. Seperti yang kita tahu google merupakan enjin carian internet yang tersohor buat masa ini. Satu masa dulu, yahoo menjawat jawatan nombor satu dalam sistem enjin carian utama. Namun, masa merubah segalanya dan kini google gah di persada pendahulu senarai enjin carian popular.

Google adsense ni adalah program pengiklanan yang yang disediakan oleh google dengan berkongsi pendapatan mereka dengan webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan google di laman web mereka. Google akan membayar pemilik-pemilik laman web ini berdasarkan kaedah “pay per click”. Maksudnya mereka akan membayar setiap klik yang dibuat oleh pengunjung laman web tersebut. Maksudnya, lagi ramai pengunjung yang klik pada iklan-iklan laman web itu, maka pulangannya pun lumayanlah.

Bagaimana google sanggup membayar kita apabila kita mengiklankan program adsense ini. Rahsianya, adalah melalui google adwords. Google adwords adalah medium yang disediakan oleh google untuk pengiklan-pengiklan di Internet. Seperti juga adsense, adwords ini dibayar oleh pengiklan berdasarkan jumlah klik yang sanggup dibayar oleh pengiklan. Nanti pada post yang akan datang saya akan berkongsi dengan anda mengenai google adwords ini.

Setiap klik yang dilakukan oleh pengunjung terhadap iklan ini akan di bayar oleh google
pada harga-harga tertentu. Dan sudah tentu nilai setiap iklan ini berbeza antara satu sama lain. Namun, kita tidak boleh menipu atau menyuruh rakan-rakan kita untuk melakukan klik. Ini kerana google mempunyai teknologi untuk mengesan perbuatan tersebut dan seterusnya mengantung akaun anda.
Namun, untuk mendapatkan akaun google adsense ini tidaklah semudah yang disangka. Nanti kita akan berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan akaun google adsense dan rahsia-rahsia serta tips yang digunakan oleh usahawan-usahawan internet dan memperolehi pulangan yang lumayan melalui adsense.

Ebook Percuma Untuk Anda

101 Scrapbooking Tips
101 Tips For Traveling On A Budget
101 Fly Fishing Tips For Beginners
How To Write Your Own Lead-Pulling Squeeze Page
101 Tips For Selling Your Home!
7 Days To Easy-Money: Get Paid To Write A Book
Starting A Wedding Videography Business
Virtual Real Estate Blueprint
Unleash the Book Within
Your Dreams Revealed
Targeted Traffic
Poweful Profits in 2007
E-Book Marketing Exposed!
Pay Per Click Marketing A-to-Z !
eMail Marketing A-to-Z
Ebook Creation For Illiterate
Unlimited-Customers-Goldmine
The Expert Guide to Pursuing Wealth
PC Safety 101
Product Launch Secrets
Instant PLR Author
23 Internet Marketing Myths
Gary Shawkey’s Life Story
Hybrid Cars
10 Steps To Killer Web Copy
How To Get A Job Fast Lucid Dreaming Techniques
105 Power Tips Affiliate Money Machine
Profit Secrets Volume I:The Secrets To Getting Rich With Viral Marketing
Profit Secrets Volume II: Learn How You Can Tap Into The Profitable Private Label Rights Industry
10,000 Dreams Interpreted
Writing For Fast Cash
Auction Mercenary
Positive Thinking to Build Up Your Business and Yourself!
The Golden Rules of Acquiring Wealth
7 Infamous Resell Rights Questions Answered
The Expert Guide to Article Marketing
The Expert Guide to Pay Per Click Marketing

Klik di sini untuk download:
http://iconsclub.com/freeebooks/download-page

20 Cara bagaimana Meningkatkan Online Kreadibiliti

Kreadibiliti adalah asas penting dalam perniagaan terutamanya dalam perniagaan internet. Dengan membina kreadibiliti, pengguna akan mempercayai anda dan mempunyai hubungan yang baik dengan anda, dimana ia membantu perniagaan anda. Apa yang anda perlu buat untuk membina kreadibility online?

Ada beberapa perkara yang boleh naikkan kreadibiliti anda:-

  1. Menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti
  2. Rekabentuk laman web anda yang user-friendly, focus kepada menyediakan maklumat berguna, butiran mengenai produk dan perkhidmatan, faedah produk kepada pembeli.
  3. Selalu update kandungan web.
  4. Letak kenyataan privacy pada web anda termasuk melindungi data personal pelanggan anda.
  5. Khidmat pelanggan yang baik.
  6. Tawarkan dan berdiri dibelakang jaminan pulangan wang. (money-back guarantee)
  7. Confirm tempahan jualan melalui email.
  8. Letakkan maklumat untuk dihubungi dalam web supaya mudah pelanggan hubungi anda.
  9. Letakkan real-life testimonial dalam web.
  10. Membina FAQ dalam web.
  11. Menggunakan autoresponder untuk follow up.
  12. Menjawab semua pertanyaan seberapa segera.
  13. Jangan menghantar e-mail spam
  14. Gunakan opt-in dan opt-out untuk kaedah promosi.
  15. Mulakan dengan viral marketing – iaitu dengan menawarkan “Free Gift”, download, khidmat nasihat percuma dll. Galakkan mereka ceritakan kepada kawan mereka tentang tawaran anda dan memberi insentif.
  16. Menulis sendiri artikel dan tawarkan kepada pelanggan untuk disebarkan.
  17. Sebarkan newsletter tulisan sendiri
  18. Membina ruang forum atau menyertai mana-mana forum.
  19. Menyebarkan maklumat, tip percuma dalam blog.
  20. Membina link dengan laman web yang baik.

Anda akan mempunyai ramai pelawat jika anda menjaga dan meningkatkan kreadibility anda. Apabila anda mempunyai kreadibiliti yang baik, web anda akan dikunjungi oleh pelanggan dan juga pembeli yang telah mendapatkan produk anda. (repeated user) sekaligus trafik web anda akan meningkat.

Pelaburan Internet Haram!

Adakah pelaburan internet haram? Majlis fatwa kebangsaan telah bersetuju mengharamkan pelaburan internet. Pada 13 April 2007, Jumaat akhbar tempatan telah menyiarkan isu ini di muka depan. Sebagai penguna internet, anda perlu mengetahui perbezaan di antara pelaburan internet dan perniagaan internet.


Pelaburan internet adalah melaburkan sejumlah wang kepada badan tertentu secara online dan menunggu dividen yang tinggi yang menguntungkan. Namun, apakah bisnes yang dilakukan sehingga mereka boleh memberi keuntungan yang tinggi. Begitu juga perniagaan matawang.

Manakala perniagaan internet pula ialah transaksi jual-beli dilakukan secara online. Ia jual beli biasa cuma perbezaannya ia dilakukan secara online, sama ada tempahan atau pun bayaran.

Oleh itu anda sebagai pengguna bijak internet tentu boleh membezakan apa yang dinyatakan di atas. Peluang anda untuk berniaga di internet masih terbuka luas, kerana konsep perniagaan internet jauh berbeza dengan pelaburan internet yang telah diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan.

Bagaimana buat duit di Internet

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana kita boleh mendapat keuntungan atau berniaga di internet. Apa barangan yang kita nak jual? Kali ini kita berkongsi idea bagaimana kita boleh membuat duit melalui internet.


Tentu anda pernah dengan ramai di kalangan kita yang buat duit di internet @ berniaga secara online. Sebenarnya apa yang mereka jual, produk atau perkhidmatan. Sebenarnya banyak perkara yang mungkin kita tidak tahu bagaimana kita boleh mendapat RM dari internet.

Dibawah ini disenaraikan item-item yang menguntungkan melalui internet.

1) Jual produk
2) Jual perkhidmatan
3) Program Affiliate
4) Google adsense
5) Menyediakan tempat iklan di web kita.

Adakah anda tidak mahu mencuba? Tidak rugi anda mencuba kerana modal perniagaan internet tidak besar. Sekarang ini rakyat kita mula berlumba-lumba untuk berniaga di internet, tetapi mungkin kita tidak tahu kerana perniagaan ini tidak mempunyai tempat, kedai dsb. Ia berjalan secara maya di rumah anda.

Produk baru sedang dalam pembinaan iaitu Templat laman web khas untuk perniagaan, di dalam telah siap dengan borang opt-in, borang tempahan dan borang feedback. Anda perlu edit beberapa kandungan lain sahaja. Ini semua akan memudahkan sesiapa yang ingin mula berniaga secara online.

Buat duit di Internet?

Mungkin anda pernah mendengar cara mendapat RM10,000 dalam masa 10 minit, mendapat RM 100,000 dalam masa 1 bulan. Mungkin anda juga pernah membaca email berkaitan iklan-iklan sebegini yang boleh menarik perhatian ramai pengguna internet. Percayakah anda dengan hanya berada di depan komputer 10 minit anda akan perolehi RM 10,000 ?


Berhati-hati dengan iklan-iklan sebegini kerana bukan mudah untuk kita memperolehi jumlah wang yang besar begitu mudah. Sedangkan jutawan internet pun perlu bekerja keras untuk memperolehi kekayaan yang mereka miliki selama ini. Dunia internet memang global, anda boleh berhubung dengan sesiapa saja di dunia dengan mudah dan cepat. Anda juga boleh pasarkan produk anda dengan mudah keseluruh dunia. Anda memang boleh menghasilkan wang yang banyak di internet tetapi bukan dengan hanya 10 minit atau 1 bulan. Mana mungkin kita boleh lakukan demikian sedangkan jutawan internet mengambil masa 1-2 tahun sebelum bergelar jutawan. Fikirkanlah.

Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog? #2

Adsense merupakan satu kaedah pengiklanan yang dibawa oleh Google Inc. Kaedah sebegini semakin digunakan oleh pengiklan-pengiklan syarikat lain seperti Bidvertiser dan adhearus.
Setakat ini dari pemerhatian saya, Adsense dilihat paling berpotensi untuk menjadikan anda seorang marketer internet yang berjaya. Tetapi semuanya terpulang atas usaha anda sendiri. Adsense memaparkan iklannya berdasarkan content blog anda. Jika blog anda dalam bahasa melayu, sangat sukar untuk adsense memaparkan iklan yang bersesuaian. Oleh itu jika anda rasa ingin memasukkan Adsense ke dalam blog anda, isikanlah blog anda dengan bahasa inggeris, atau anda juga boleh campurkan bahasa dalam blog anda.

Setiap klik yang dibuat ke atas iklan adsense tersebut akan dikira (selagi tidak melanggar syarat oleh Adsense) dan setiap iklan itu juga mempunyai nilai pulangan yang berbeza. Perlu diingat, anda dilarang mengklik iklan adsense di laman / blog anda sendiri.

Sesetengah orang akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dikenali sebagai "High Paying Keyword", dimana ianya adalah keyword yang apabila diklik, anda sebagai publisher akan dibayar dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah, kekadang bila diperiksa statistik adsense anda boleh lihat, ada iklan yang berharga 1 sen, 10 sen, $1, dan pernah juga kedengaran dengan satu klik publisher boleh mendapat sehingga $100 lebih. Pernahkan anda yang otai dalam adsense ini mendapatnya??? kongsilah pengalaman anda di sini.

Bagaimana Membuat Wang Dengan Blog?

Persoalan bagaimana membuat wang dengan blog sering ditanya oleh orang ramai. Saya ada terbaca satu artikel bertajuk "How To Make Money With Your Blog" dari The Blog Squad yang menerangkan secara ringkas bagaimana menjana wang dari blog. Artikel dalam bahasa inggeris itu boleh dimuat turun melalui pautan ini.

http://www.buildabetterblog.com/files/MakeMoneyWithYourBlog.pdf

Antara lain, artikel ini menyentuh mengenai:

  • Menjadikan penulisan blog sebagai satu profesion
  • Mempromosikan produk orang lain
  • Menjana wang dengan Google Adsense

Tags

Tags berfungsi untuk memudahkan navigasi dalam usaha mencari maklumat dalam sesebuah blog. Dengan kata lain, tag adalah seperti satu kata kunci (keyword). Tag juga boleh disimpulkan sebagai kategori, dimana pembaca boleh klik pada tag yang dikehendaki dan hasil cariannya akan memaparkan tulisan yang ditanda dengan tag itu sahaja. Ini dapat memudahkan pembaca untuk mencari maklumat di dalam blog tersebut. Di dalam blogspot, tag juga dikenali sebagai label.

Komen

Tahukah anda bahawa komen sangat penting dalam sesuatu blog? Tidak kiralah sama ada blog itu blog bisnes atau berunsur personal, komen mampu memberikan impak yang lebih kepada capaian blog itu sendiri. kebanyakan blogger (penulis blog) akan merasa senang dan gembira jika blog mereka ada respon dari pembaca. Nak tahu kenapa? Jika ada respon, bermakna blog mereka telah dibaca oleh responder tersebut, dengan kata lain ada pembaca yang melawat blog tersebut dan secara langsung berinteraksi dengan anda sebagai penulis blog. Maka akan wujudlah satu interaksi dua hala antara penulis dan pembaca, serta interaksi antara pembaca dengan pembaca yang lain.
Antara kelebihan komen adalah:

  • Perbincangan mengenai apa yang anda tulis
  • Memudahkan pelanggan atau pembaca memberikan ulasan mengenai tulisan atau perbincangan yang sedia ada
  • Dalam bahagian komen terdapat ruangan pembaca mengisi alamat laman web mereka, dengan ini anda juga boleh melawat laman mereka secara terus

Pembaca blog anda

  • Adakah blog yang anda hasilkan mempunyai pembaca?
  • Siapakah sasaran pembaca yang anda harapkan?

Persoalan ini sangat penting kepada penulis blog. Antara tujuan membina blog atau laman web adalah supaya ada orang akan membacanya. Sebuah jurnal yang ditulis tapi tiada pembaca adalah tidak bermanfaat. Sebagai seorang penulis blog, cuba tarik perhatian pengguna internet agar membaca blog anda, oleh itu pastikan anda menulis sesuatu yang menarik perhatian atau sesuatu yang berguna kepada pembaca. Anda juga boleh menyelitkan sesuatu yang mungkin melucukan, ingatlah "Laughter is the best medicine" seperti salah satu blog saya LAWAK JENAKA ONLINE

Kelebihan menggunakan blog

Tahukah anda apakah kelebihan menggunakan blog berbanding laman web yang biasa?

  • Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian @ enjin gelintar @ search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini.
  • Isi kandungan - Kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut
  • Pengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - Anda tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog anda sendiri. Anda boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka
  • Maklumbalas daripada pembaca - dengan adanya kemudahan "comment", anda boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca mengenai sesuatu topik yang diperkatakan
  • Anda juga boleh mengunjungi laman seperti www.bloggingsteps.com untuk mengikuti kaedah mudah membina blog anda sendiri

Apa itu blog?

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.

Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.

Kenapa saya memilih blog?

Pada masa sekarang, blog menjadi satu trend kepada komuniti internet. Kenapa blog? Kenapa tidak membina laman web menggunakan FrontPage(c) atau Dreamweaver(c)? Jawapannya mudah sahaja, blog adalah satu perkhidmatan yang tersedia (ready to make). Seseorang tidak perlu menguasai kemahiran mengarang web menggunakan bahasa html, php, asp dan sebagainya. Seorang yang baru berjinak dengan komputer pun boleh membina blog dengan hanya tiga langkah utama jika menggunakan perkhidmatan blogger.com. Satu lagi sebab ialah, ianya percuma tanpa diganggu oleh popup atau iklan-iklan oleh pihak "hosting" percuma.


Selain daripada itu, kandungan blog mudah dikemaskini tanpa memerlukan anda menyediakan fail web anda terlebih dahulu di dalam komputer peribadi sebagaimana web dalam format html. Ianya mudah dikemaskini dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet, di mana sahaja sepanjang masa 24/7.

10 Langkah Mudah Memulakan Blog

1. Blog Platform. Paling mudah adalah dengan menggunakan platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Tetapi memandangkan ianya percuma sudah tentulah ada hadny. Ianya membataskan anda untuk mengubahsuai rekabentuk blog anda. Anda juga boleh menyewa hosting dan memasang perisian blog yang boleh dimuatturun secara percuma.

2. Nama / Tajuk. Apakah nama yang sesuai untuk blog anda? Fikirkanlah. Nama akan menentukan posisi blog anda, adakah ianya mampu menarik pembaca atau sebaliknya. Jika anda membina blog untuk perniagaan, pastikan nama blog bersesuai dengan produk atau nama syarikat anda.

3. Rekaan dan susunatur. Sesuatu yang cantik pasti akan menarik orang ramai untuk memandangnya. Apakah warna yang anda gunakan sesuai? atau menyakitkan mata? anda sendiri tentukannya. Mintalah pendapat kawan-kawan untuk menilai rekabentuk dan susunatur blog anda? lagi banyak komen yang membina lagi banyaklah idea untuk anda. Satu cara lagi ialah dengan melawat blog-blog lain untuk mendapatkan idea.

4. Plugin / widgets. Widgets adalah merupakan add-on atau tambahan yang boleh dimuatkan di dalam blog anda. Cuba semak platform yang anda gunakan dan cari widget yang bersesuaian untuk ditambah ke dalam blog anda

5. Komen. pastikan komen anda di'moderate' supaya anda dapat memantau apa yang dikatakan sebagai 'comment spam'. Cuba jawab komen-komen yang diberikan dengan positif

6. Kandungan Blog. Apakah isi kandungan blog anda? Cuba postkan kandungan yang relevan dengan 'target market' anda. Cuba bantu sesiapa yang memerlukan bantuan anda dengan menulis jawapan anda sama ada dalam komen atau bina satu tajuk perbincangan yang baru.

7. Kekerapan. Berapa kerap anda menulis dalam blog anda? Selalu, kadang-kadang, atau jarang-jarang.. seperti kata P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang..Kata orang, blog seperti sebuah taman, perlu disiram selalu, tetapi kalau terlampau banyak disiram boleh menyebabkan pokok menerima air yang berlebihan dan seterusnya mati. Jangan membazir air.. Kalau 2-3 bulan baru nak siram sekali, pokok akan mengalami kekurangan air. Jadi hendaklah berpada-pada. Jangan sampai kehabisan idea untuk menulis blog anda

8. Trafik. Sebagaimana laman web lain, trafik adalah sangat diperlukan. Semakin banyak trafik, semakin bagus kepada anda. Berbagai cara boleh digunakan untuk menarik trafik ke blog anda seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini.

9. Statistik. Statistik diperlukan untuk mengukur prestasi blog anda. Ada sesetengah sistem blog telah mempunyai widget statistik. Bagi yang tiada bagaimana pula? Jangan susah hati, anda boleh menggunakan perkhidmatan statistik seperti StatCounter. Perhatikan statistik anda selalu bagi melihat pergerakan trafik blog anda. Apa yang dicari oleh pengguna? Dari mana mereka datang?

10. Jangan berputus asa. Penulisan blog bagi tujuan selain daripada personal, anda hendaklah tidak berputus asa jika keinginan untuk melihat blog anda berjaya tidak kesampaian. ianya memerlukan masa yang lama untuk berjaya. Ini bukan Skim Cepat Kaya. Usaha dan bertawakallah

WordPress

Wordpress merupakan salah satu platform blog yang terkenal. Ramai para blogger menggunakan wordpress untuk menghasilkan blog mereka. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan Wordpress merupakan sebuah sistem yang mudah dan cepat untuk dipasang.


masih ramai yang bertanyakan kepada saya, apa perbezaan wordpress.com dan wordpress.org?

Sebenarnya wordpress adalah satu "blog platform". WordPress.com merupakan satu pengendali laman blog percuma berasaskan WordPress. Manakala laman WordPress.org merupakan laman sumber berkaitan wordpress. Anda boleh memuatturun perisian wordpress ini daripada WordPress.Org dan memasangnya mengikut domain dan hosting anda sendiri.

Bagi wordpress.com, anda tidak perlu memasang blog tersebut, ianya telah sedia untuk digunakan apabila anda mendaftar. Ianya adalah sebagaimana laman blogspot.

Saya harap anda telah faham dengan perbezaan antara keduanya. Jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah dikemukakan di bahagian komen.

Bagaimana mencapai 'top 10 ranking' dalam Google dan Yahoo ?

Ramai orang boleh membina laman web atau blog sendiri, sama ada secara percuma atau berbayar. Tetapi ramai yang tidak tahu menguruskannya dengan efisyen. Konsep 'bina dan tinggal' tidak akan kekal lama. Banyak blog yang 'terbengkalai' kerana kekurangan pengunjung.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, pengunjung atau pelawat merupakan aset penting sesebuah laman web atau pun blog. Apa gunanya tempat pelancongan yang indah tanpa kehadiran pelancong. Tentulah membazir bukan? Walaupun anda membina laman anda itu untuk tujuan suka-suka sahaja tanpa memikirkan tujuan komersialnya, pengunjung masih menjadi agenda nombor satu yang tidak patut dipinggirkan. lainlah kiranya anda memang tidak mahu orang lain mengunjungi laman anda, sebagaimana blog yang disediakan oleh blogspirit, di mana anda boleh memasukkan kata laluan untuk mengunjungi blog dalam platform tersebut.

Jika kaedah atau cara yang saya utarakan sebelum ini masih gagal menampakkan hasilnya (laman anda masih tidak tersenarai dalam google / yahoo) anda boleh cuba menggunakan kaedah yang akan kita bincangkan ini.

Apa yang anda tahu mengenai singkatan perkataan SEO? atau Search Engine Optimization. Mungkin anda semua pernah mendengarnya, ianya berbeza dengan CEO :)

Tiga langkah mudah meningkatkan ranking anda:

1. Muat turun perisian IBP secara percuma dan pasang ke dalam komputer anda.

2. Jalankan perisian ini, masukkan URL laman anda kedalam bahagian Top 10 Optimizer

3. Ikut arahan yang disediakan selanjutnya di dalam perisian tersebut.


Perisian IBP ini dapat membantu anda di dalam berbagai aspek mempertingkatkan kedudukan anda di dalam engin carian / search engine

Bagaimana meningkatkan ranking dalam search engine?

Persoalan bagaimana meningkatkan ranking sering ditanya terutama oleh meraka yang baru dalam bidang blogging ini. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, terdapat berbagai faktor penentu kepada ranking blog atau laman web anda dalam search engine.

Cuba anda dapatkan jawaban bagi soalan ini:

1. Adakah alamat blog anda boleh difahami dengan mudah? Alamat atau nama domain memainkan peranan yang agak penting dalam menentukan kedudukan anda dalam search engine. Pilihlah nama yang sesuai dengan kandungan blog anda serta pilihlah nama yang mudah difahami. Dengan kata lain, bila orang baca alamat, orang dah boleh agak isi kandungan blog tersebut.

2. Adakah tajuk blog anda melambangkan isi kandungan blog anda? Seperti juga alamat / domain, tajuk juga memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan anda membina tajuk yang bersesuaian dengan kandungan blog.

3. Anda anda telah mengemaskini blog anda pada minggu ini? Purata jumlah posting yang disarankan adalah 3 kali seminggu, dengan kata lain, kemaskini blog anda dengan memasukkan maklumat-maklumat terbaru sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Jika anda mempunyai maklumat yang lebih, cuba simpan dulu dan postkan pada hari yang lain, kerana anda mungkin 'habis modal' pada sesuatu masa.

4. Adakah anda telah 'submit' blog anda kepada google? Ini persoalan yang sangat penting. Ramai blogger yang baru tidak menyedari perkara ini. Mereka mahu blog mereka tersenarai dalam search engine, tetapi kekadang terlupa untuk submit kepada search engine berkenaan.

5. Pernahkan anda melihat statistik blog anda? Jika belum ada, boleh kunjungi http://www.statcounter.com/. Cuba periksa statistik anda, apa sebenarnya yang dicari oleh mereka yang melawat blog anda. Berikan apa yang mereka mahu.

Sebagai tambahan, anda boleh cuba mendapatkan info dari http://www.searchengines.com/searchEnginesRankings.html

Ranking Enjin Carian

Rangking yang teratas sentiasa menjadi idaman kepada kebanyakan pengarang laman web atau penulis blog. Rangking teratas memastikan laman anda mudah dilihat oleh pengunjung yang mencari sesuatu melalui search engine seperti Yahoo, Google dan sebagainya.

Berbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan ranking di dalam search engine. Namun sebagai seorang pengarang laman web atau penulis blog, anda perlu mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan laman anda disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan search engine.

berikut adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan:-

  1. invisible text atau tulisan yang halimunan (tidak kelihatan). Mereka menggunakan berbagai kaedah untuk memastikan tulisan yang dipaparkan tidak dapat dibaca oleh pengunjung, antaranya ialah dengan menggunakan warna huruf sama atau hampir sama dengan warna latar belakang.
  2. meta tags. Semasa menulis meta tags atau pun tajuk, pastikan ianya berkaitan dengan isi kandungan yang dipaparkan.
  3. Pengulangan keyword yang terlampau. Keyword yang digunakan dalam meta tags mestilah tidak terlampau banyak sehingga akan dianggap oleh search engine sebagai satu bentuk penipuan. Jumlah pengulangan yang difikirkan sesuai adalah antara 3-7 kali bagi setiap 100 perkataan.

Bagaimana meletakkan Title dan Meta Tags yang sesuai

Tajuk atau TITLE merupakan perkara utama yang akan dicari oleh search engine. Tajuk biasanya akan menentukan isi kandungan laman web tersebut. Sebagaimana sebuah buku, apabila pembaca terlihat tajuk yang dicari sudah tentulah pembaca tersebut akan mebelek-belek buku tersebut untuk melihat isi kandungan selanjutnya.

<>Tajuk Web< /title>

Bagi sebuah laman web tajuk akan dinyatakan dalam bahagian .... . Tajuk juga akan terpapar dibahagian atas peluncur internet anda.

META descriptions tag pula bolehlah diandaikan sebagai ringkasan atau summary bagi laman web. Bila anda tercari-cari buku tentang masakan atau petua tertentu, anda mungkin melihat kepada tajuk buku dan juga sinopsis di belakang buku. Itulah fungsi META description tag. META tags juga diletakkan dibahagian dengan contoh penggunaan

< name="description" content="Berbagai petua berguna untuk merawat penyakit kencing manis">

Disamping itu terdapat juga META keyword yang berfungsi sebagai suatu yang lebih ringkas dari META description tadi. Contohnya

< name="keywords" content="petua, kencing manis">