Tahukah anda bahawa komen sangat penting dalam sesuatu blog? Tidak kiralah sama ada blog itu blog bisnes atau berunsur personal, komen mampu memberikan impak yang lebih kepada capaian blog itu sendiri. kebanyakan blogger (penulis blog) akan merasa senang dan gembira jika blog mereka ada respon dari pembaca. Nak tahu kenapa? Jika ada respon, bermakna blog mereka telah dibaca oleh responder tersebut, dengan kata lain ada pembaca yang melawat blog tersebut dan secara langsung berinteraksi dengan anda sebagai penulis blog. Maka akan wujudlah satu interaksi dua hala antara penulis dan pembaca, serta interaksi antara pembaca dengan pembaca yang lain.
Antara kelebihan komen adalah:
- Perbincangan mengenai apa yang anda tulis
- Memudahkan pelanggan atau pembaca memberikan ulasan mengenai tulisan atau perbincangan yang sedia ada
- Dalam bahagian komen terdapat ruangan pembaca mengisi alamat laman web mereka, dengan ini anda juga boleh melawat laman mereka secara terus
1 comment:
satu tips yang berguna! sy memang slalu menggunakan komen untuk popularkan blog. saya telah buat perbandingan bahawa blog mempunyai pengaruh aliran traffik yg cergas berbanding website.
http://idham-xpression.blogspot.com
Post a Comment