Pelaburan Internet Haram!

Adakah pelaburan internet haram? Majlis fatwa kebangsaan telah bersetuju mengharamkan pelaburan internet. Pada 13 April 2007, Jumaat akhbar tempatan telah menyiarkan isu ini di muka depan. Sebagai penguna internet, anda perlu mengetahui perbezaan di antara pelaburan internet dan perniagaan internet.


Pelaburan internet adalah melaburkan sejumlah wang kepada badan tertentu secara online dan menunggu dividen yang tinggi yang menguntungkan. Namun, apakah bisnes yang dilakukan sehingga mereka boleh memberi keuntungan yang tinggi. Begitu juga perniagaan matawang.

Manakala perniagaan internet pula ialah transaksi jual-beli dilakukan secara online. Ia jual beli biasa cuma perbezaannya ia dilakukan secara online, sama ada tempahan atau pun bayaran.

Oleh itu anda sebagai pengguna bijak internet tentu boleh membezakan apa yang dinyatakan di atas. Peluang anda untuk berniaga di internet masih terbuka luas, kerana konsep perniagaan internet jauh berbeza dengan pelaburan internet yang telah diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan.

No comments: