Rangking yang teratas sentiasa menjadi idaman kepada kebanyakan pengarang laman web atau penulis blog. Rangking teratas memastikan laman anda mudah dilihat oleh pengunjung yang mencari sesuatu melalui search engine seperti Yahoo, Google dan sebagainya.
Berbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan ranking di dalam search engine. Namun sebagai seorang pengarang laman web atau penulis blog, anda perlu mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan laman anda disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan search engine.
berikut adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan:-
- invisible text atau tulisan yang halimunan (tidak kelihatan). Mereka menggunakan berbagai kaedah untuk memastikan tulisan yang dipaparkan tidak dapat dibaca oleh pengunjung, antaranya ialah dengan menggunakan warna huruf sama atau hampir sama dengan warna latar belakang.
- meta tags. Semasa menulis meta tags atau pun tajuk, pastikan ianya berkaitan dengan isi kandungan yang dipaparkan.
- Pengulangan keyword yang terlampau. Keyword yang digunakan dalam meta tags mestilah tidak terlampau banyak sehingga akan dianggap oleh search engine sebagai satu bentuk penipuan. Jumlah pengulangan yang difikirkan sesuai adalah antara 3-7 kali bagi setiap 100 perkataan.
No comments:
Post a Comment