Hari ini, saya ingin berkongsi bersama dengan sahabat-sahabat pembaca mengenai beberapa kepercayaan yang tidak tepat mengenai perniagaan internet. Mungkin secara tidak kita sedari kita juga bersetuju dengan apa yang sering diperkatakan seperti di bawah :-
i) Menjalankan perniagaan internet adalah begitu mudah
Salah satu punca utama kegagalan dalam membina perniagaan di internet adalah kerana kebanyakan kita merasakan ianya terlalu mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membina sebuah laman web, memasukkan gambar produk dan menunggu kedatangan
beribu orang pengunjung untuk membeli produk kita.
Kenyataanya, ia tidaklah semudah yang kita sangkakan. Namun ia juga tidaklah sesukar yang dibayangkan. Untuk membina sebuah perniagaan yang memberi keuntungan, ia memerlukan masa, komitmen dan kerja keras. Kita juga mestilah mempunyai satu
perancangan perniagaan yang jelas, laman website yang kompetitif dan menarik minat pelanggan secara berterusan melalui sistem pemasaran yang baik.
Berita baiknya, memulakan dan menjalankan perniagaan di internet sedikit mudah daripada menjalankan perniagaan tradisional kerana kos permulaannya yang rendah dan tiada pekerja diperlukan. Anda juga boleh memulakan sesuatu perniagaan dengan meluangkan
hanya dua atau tiga jam sehari di rumah.
ii) Anda akan memperolehi wang yang banyak dengan pantas
Ternyata tanggapan ini meleset sama sama sekali. Memang benar terdapat ramai usahawan internet yang telah berjaya menghasilkan sejumlah wang yang banyak, namun ia bukanlah dalam jangka masa yang singkat. Seperti juga perniagaan biasa pelbagai perkara perlu
dilakukan dan dipelajari terlebih dahulu.
Jangan pula anda patah semangat bila diberitahu mengenai kenyataan ini. Kebanyakan perniagaan di internet mengalami kegagalan kerana ramai orang menyangka mereka boleh mendapatkan ribuan ringgit dalam masa beberapa bulan dengan hanya sedikit usaha, dan seterusnya mudah kecewa apabila perniagaan mereka tidak berjalan seperti yang dirancang, kurang sabar dan mudah putus asa.
Sebagai usahawan, anda perlu mempunyai sifat-sifat usahawan iaitu tidak mudah putus asa, kuat semangat, keras hati dan sanggup menghadapi cabaran. Untuk berjaya sebagai usahawan internet, ia mengambil masa bagi anda mempelajari, trial and error, menarik pengunjung ke laman web anda, membina hubungan dengan pelanggan dan mendapatkan jualan.
iii) Memulakan perniagaan di internet adalah percuma
Untuk memulakan sebuah perniagaan yang baik, sentiasa terdapat keperluan untuk kita melabur sedikit sebanyak di dalam perniagaan kita. Ia juga memerlukan pengorbanan masa dan wang dalam menghasilkan pulangan. Untuk berjaya, kita seharusnya sanggup
melabur wang di dalam proses penyelidikan, pengiklanan dan menambah pengetahuan kita mengenai perniagaan internet.
iv) Internet sudah dipenuhi dengan jutaan laman website, jadi amatlah sukar untuk kita mendapatkan wang lagi
Memang benar terdapat berjuta-juta website di internet, namun ia juga menyerupai perniagaan di dunia nyata. Apabila banyak kedai, gerai, bengkel kereta dan barangan elektronik dibuka adakah ia bermakna peluang untuk kita berniaga telah tertutup?
sudah tentu tidak!
Kita masih mampu memperolehi pulangan yang lumayan jika kita dapat menjadikan produk kita unik dan menjumpai pasaran niche yang disertai dengan pemasaran yang berkesan. Nanti saya akan ceritakan mengenai pasaran niche pada masa akan datang kepada anda.
Walaupun terdapat berjuta-juta website di luar sana, tidak semuanya berjaya menghasilkan jualan seperti yang dikehendaki. Seperti juga di dunia nyata, terdapat berjuta-juta perniagaan yang belum berjaya kerana strategi yang tidak mengena atau
mereka sendiri tidak mengetahui apa yang diniagakan oleh mereka.

No comments:
Post a Comment