Tentu ramai dah biasa dengar pasal google adsense. Kenapa ramai sangat orang berminat dengan google adsense nih. Seperti yang kita tahu google merupakan enjin carian internet yang tersohor buat masa ini. Satu masa dulu, yahoo menjawat jawatan nombor satu dalam sistem enjin carian utama. Namun, masa merubah segalanya dan kini google gah di persada pendahulu senarai enjin carian popular.
Google adsense ni adalah program pengiklanan yang yang disediakan oleh google dengan berkongsi pendapatan mereka dengan webmaster atau pemilik laman web yang meletakkan iklan google di laman web mereka. Google akan membayar pemilik-pemilik laman web ini berdasarkan kaedah “pay per click”. Maksudnya mereka akan membayar setiap klik yang dibuat oleh pengunjung laman web tersebut. Maksudnya, lagi ramai pengunjung yang klik pada iklan-iklan laman web itu, maka pulangannya pun lumayanlah.
Bagaimana google sanggup membayar kita apabila kita mengiklankan program adsense ini. Rahsianya, adalah melalui google adwords. Google adwords adalah medium yang disediakan oleh google untuk pengiklan-pengiklan di Internet. Seperti juga adsense, adwords ini dibayar oleh pengiklan berdasarkan jumlah klik yang sanggup dibayar oleh pengiklan. Nanti pada post yang akan datang saya akan berkongsi dengan anda mengenai google adwords ini.
Setiap klik yang dilakukan oleh pengunjung terhadap iklan ini akan di bayar oleh google
pada harga-harga tertentu. Dan sudah tentu nilai setiap iklan ini berbeza antara satu sama lain. Namun, kita tidak boleh menipu atau menyuruh rakan-rakan kita untuk melakukan klik. Ini kerana google mempunyai teknologi untuk mengesan perbuatan tersebut dan seterusnya mengantung akaun anda.
Namun, untuk mendapatkan akaun google adsense ini tidaklah semudah yang disangka. Nanti kita akan berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan akaun google adsense dan rahsia-rahsia serta tips yang digunakan oleh usahawan-usahawan internet dan memperolehi pulangan yang lumayan melalui adsense.

No comments:
Post a Comment