Bagaimana Menjual Ebook anda?

Pada pos yang lepas kita telah bincang secara umum macam mana nak buat ebook anda sendiri. Part tu memang agak senang kalau anda tahu apa yang anda nak tulis dan anda pakar dalam bidang yang anda nak tulis. Part yang paling susah ialah bagaimana nak menjual ebook anda. Ada beberapa tips yang anda perlu tahu;

1 - Buat salesletter yang mengancam. Saya tak nak hurai benda ni sebab anda dah tahu!

2 - Bergiat aktif dalam forum untuk membina reputasi anda sebelum mula melancarkan ebook anda.

3 - Beri percuma ebook anda kepada otai2 untuk di review oleh mereka. Reputasi mereka akan membantu anda! Masukkan review mereka di dalam salesletter anda!

4 - Beri secara percuma preview buku anda kepada bakal pembeli anda. Mungkin 1 atau 2 bab buku anda. Dengan cara ini anda akan dapat membina list sambil menarik minat mereka

5 - Pastikan anda menyediakan sistem affiliate untuk membolehkan pembeli anda menyertainya dengan bayaran komisen yang tinggi.

6 - Follow up email kepada prospek anda

7 - Joint Venture!! Lakukan JV untuk memanfaatkan email list para otai IM. Jangan lupa berikan naskah percuma anda kepada rakan JV anda, jangan sekadar menawarkan harga rendah kepada mereka, berikan sahaja secara percuma kerana pelaburan ini pasti berbaloi!

Duit dengan Ebook

Akhir-akhir ni, banyak yang kaya hanya dengan menjual ebook. Tengok saja bagaimana Ewan Chia dengan ebook2 nya yang meletup. Ada juga penulis ebook yang berjaya menjual sehingga 10 ribu copy ebook dalam masa tak sampai 2 minggu. Wahh hebatkan?? Kos nya tak sampai separuh pun kos buku biasa. Tiada kos percetakan, tiada kos komisen kedai buku, tiada rencah nak bungkus dan hantar buku. Terima bayaran dan bagi download link untuk pembeli download buku. senang!!

Tapi benda yang susah ialah nak tulis apa? Ada beberapa tips untuk memulakan penulisan;
- senaraikan apa yang anda tahu (kemahiran anda)
- senarai pendekkan semuanya kepada apa yang anda betul2 tahu
- search internet tentang itu dan tgk apa org lain tulis pasal benda yang sama
- cari keunikan yang anda boleh tambah dari produk orang lain
- mula rancang apa yang nak ditulis, buat mindmap
- mula menulis dan fokus!
- siap tulis, semak dan bagi orang lain baca.

Panduan PERCUMA Membuat Autoblog! Tingkatkan Pendapatan Adsense & Affiliate Anda!



Rahsia auto blog kini didedahkan untuk anda...Adakah anda seorang yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menguruskan semua blog anda? Blogging juga merupakan satu komitmen dimana sedikit masa perlu diluangkan bagi mengisi kandungan blog-blog yang dimiliki. Jika anda memiliki banyak blog tetapi tiada isinya, blog tersebut mungkin tidak memberikan anda sebarang hasil.

Semakin banyak blog yang anda dimiliki semakin banyaklah masa yang diambil bagi menguruskan semua blog tersebut. Jika anda berblogging secara suka-suka, ia mungkin tidak menjadi satu masalah. Tetapi jika anda ingin mencuba membuat duit dari blog anda tetapi tiada idea dan malas untuk mengemaskinikan isi kandungan blog tersebut, auto blog merupakan jalan penyelesaian yang terbaik.

Apakah itu auto blog? Auto blog ialah blog yang akan dikemaskinikan secara automatik tanpa perlu anda sentuh lagi blog tersebut selepas ia disetkan dengan betul. Jika niche yang anda pilih bersesuaian dan mendapat permintaan yang tinggi, blog auto pilot tersebut boleh memberikan anda pendapatan dengan hanya sekali setup. Menarik bukan, tiada lagi rahsia kerana kaedah ini telah terbukti boleh memberikan anda pendapatan daripada internet.

Bagaimana jika saya memberitahu rahsia dan caranya untuk anda menjalankan blog anda secara auto pilot? Rahsia bagi menjalan blog-blog anda secara auto kini telah didedahkan dalam bahasa Melayu, sekarang anda hanya perlu setup blog anda dan tinggalkan. Masa yang diambil untuk setkan blog auto pilot tersebut juga singkat.

Jika anda mahir dalam masa 5 minit sahaja ia sudah boleh disiapkan. Jika anda tidak mahir ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum anda betul-betul mahir walaupun sebenarnya prosesnya mudah sahaja. Sebaik sahaja anda tahu tekniknya, rahsia blog automatik ini bukan lagi rahsia.

Bagaimana Mendapatkan JV Partner?

Kita dah bincang tentang kekuatan yang ada pada JV partner dan kelebihan yang dapat kita perolehi dari JV Partner pada pos yang lepas. Kali ni kita bincang pula macam mana nak cari JV partner dalam nak memantapkan usaha bisnes dari rumah yang kita sedang usaha jalankan.




Kita boleh menjalinkan hubungan dengan para usahawan luar sebagai JV partner kita dan kita pasti memperolehi manfaat yang besar. bayangkan jika anda berjaya membuat JV Partner dengan Chris McNeney ataupun lebih dikenali sebagai Chris X, seorang utawan Clickbank, pasti berbaloi kan? Tapi bagaimana mahu mendapatkan rakan usahasama? Bukan senang kan.. Ok, ada beberapa cara bagaimana mendapatkan JV partner;

Beli produk dan bina hubungan yang baik dengan pemilik produk tersebut. Kebanyakan produk digital sekarang menawarkan ‘Live Support” atau pun support forum untuk pembeli produk mereka. Forum ini bertujuan menjawab sebarang masalah dan sokongan yang melibatkan produk mereka. Anda boleh gunakana sepenuhnya forum ini untuk membina hubungan yang baik dengan admin nya. Dengan hubungan yang baik anda boleh menawarkan diri anda untuk menjadi rakan JV nya!

Sertai seminar. Banyak seminar tentang buat duit diadakan masa kini. Dengan menyertai seminar keusahawanan ini anda akan mendapat kenalan yang sama-sama berminat dalam keusahawanan dan ada antara mereka yang sudah mempunyai nama yang bagus dalam dunia internet. dari seminar ini anda boleh mendapatkan khidmat mereka yang bersama-sama berseminar bersama anda untuk menjadi rakan JV anda

Sertai forum yang berkaitan dengan niche produk anda. Ramai otai-otai internet marketer yang join forum. Contohnya forum WangCyber. Kebanyakan ahlinya sudahpun memulakan perniagaan internet masing-masing. Terdapat jugak usahawan internet terkemuka seperti Labanon, SmartZul dan RajaAdsense dalam forum tersebut. Anda boleh membuat persetujuan yang bagus dengan mereka untuk sama-sama meraih keuntungan.

Secara ringkasnya untuk memulakan JV anda harus tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh tawarkan kepada mereka. Setelah itu carilah rakan JV yang berkitan dengan produk anda kerana penting untuk memastikan mereka mempunyai ‘tergeted subscriber’. Kalau anda nak jual ebook pasal ternak lembu. Tak ada guna anda buat JV dengan Ewan Chia yang lebih kepada home business.!

Kuasa Joint Venture (JV partner)

Joint venture merupakan senjata terhebat dalam mengharungi dunia pendapatan internet. Jika anda mahu melancarkan produk anda, JV merupakan saluran yang anda tak boleh sekali-kali abaikan. Jadi apa itu JV? Dalam konteks Internet Marketing, ianya adalah usahamasama antara usahawan internet dalam beberapa perkara;

Review produk. Membuat testimonial kepada produk sesama sendiri. Dengan adanya reputasi sesama sendiri, salesletter anda akan bertambah kredibilitinya. Ada juga yang percaya kepada seseorang IM dan terus membeli jika mereka nampak testimonial dari seseorang usahawan tersebut

Seorang usahawan internet sememangnya mempunyai web blog sendiri dan ramai yang melawat web blog mereka untuk mendapatkan informasi. Jadi dngan adanya JV ini, mereka akan membuat satu dua post tentang produk masing2 dalam kata lain tolong promosi sesama sendiri

Ada juga yang menggunakan JV untuk mendapatkan diskaun sebagai Freebies kepada sesiap yang membeli produk mereka. Contohnya Ahmad dan Amin masing-masing ada produk sendiri. Jadi usahasama yang boleh dilakukan ialah jika seseorang membeli produk Ahmad, dia akan mendapat diskaun 20% untuk membeli produk Amin dan begitulah sebaliknya.

Penggunaan email list untuk promosi. Rakan JV boleh menggunakan kesempatan menggunakan email list rakan JV yang lain untuk tujuan promosi. Boleh juga digunakan affiliate link untuk menggunakan list ini atau seperti mana yang difikirkan sesuai untuk memanfaatkan email list rakan JV

Ada banyak lagi kelebihan JV dan ianya merupakan atu senjata yang tak boleh diremehkan jika anda mahu membuat duit dari rumah. Banayk internet marketer yang berjaya hanya dengan menggunakan kaedah JV dan ianya boleh dianggap senjata yang paling efektif sekarang.

5 Cara Mengurangkan Kos Perniagaan Internet

Perniagaan internet memerlukan anda melaburkan wang untuk melengkapkan diri anda dengan perkakasan seperti hosting, domain, autoresponder dan lain-lain. Tapi bagi mereka yang baru hendak bermula eloklah bermula dengan mengurangkan kos dan kalau boleh mula dengan kos sifar!. Ada beberapa cara bagaimana mengurangkan kos dalam memulakan bisnes internet anda.

Pertama: Pinjam atau sewa
Kadang anda hanya memerlukan sesuatu benda itu untuk tempoh masa yang singkat. Adalah membazir jika anda membelinya. Lebih baik menyewa dari sesiapa yang punya perkakas itu dan gunakannya. Setelah siap kerja anda anda boleh pulangkan.

Kedua: Beli borong atau tunggu offer
Tunggu offer atau pun belian secara borong adalah lebih menguntungkan anda daro membelinya secara biasa. Contohnya dalam membeli domain, anda boleh buat survey untuk mengetahui di mana ada offer yang membolehkan anda membeli domain dengan murah. Contohnya yahoo pernha membuat offer membeli domain dengan harga $1.99 setahun!

Ketiga: Free Stuff
Kadang anda boleh mendapatkan barang2 yang anda kehendaki dengan percuma. Mungkin produk itu sudah lapuk tapi ianya masih boleh dimanfaatkan oleh anda. Kadang kandngan nya sama dengan produk terkini Cuma olahannya mungkin kurang relevan aje!

Keempat: Barang terpakai
Anda boleh mendapatkan barang terpakai dengan harga murah. Contohnya layout website yang sudah lama yang tidak mahu digunakan, anda boleh dapatkannya dengan percuma. Begitu jiga dengan script2 html yang sudah lama masih boleh digunakan. Anda boleh lawati forum2 antarabangsa untuk mendapatkan seperti Digital Point forum

Kelima: Beli barang lelong
Anda boleh mendapatkan barangan dengan harga yang murah di website2 lelong seperti Lelong.com mahu pun ebay. Yang penting ialah anda perlu tahu apa yang anda mahu dan tahu harga pasaran nya. Anda boleh dapatkan autoresponder dengan harga yang murah jika ada org mahu menjualnya!