Kuasa Joint Venture (JV partner)

Joint venture merupakan senjata terhebat dalam mengharungi dunia pendapatan internet. Jika anda mahu melancarkan produk anda, JV merupakan saluran yang anda tak boleh sekali-kali abaikan. Jadi apa itu JV? Dalam konteks Internet Marketing, ianya adalah usahamasama antara usahawan internet dalam beberapa perkara;

Review produk. Membuat testimonial kepada produk sesama sendiri. Dengan adanya reputasi sesama sendiri, salesletter anda akan bertambah kredibilitinya. Ada juga yang percaya kepada seseorang IM dan terus membeli jika mereka nampak testimonial dari seseorang usahawan tersebut

Seorang usahawan internet sememangnya mempunyai web blog sendiri dan ramai yang melawat web blog mereka untuk mendapatkan informasi. Jadi dngan adanya JV ini, mereka akan membuat satu dua post tentang produk masing2 dalam kata lain tolong promosi sesama sendiri

Ada juga yang menggunakan JV untuk mendapatkan diskaun sebagai Freebies kepada sesiap yang membeli produk mereka. Contohnya Ahmad dan Amin masing-masing ada produk sendiri. Jadi usahasama yang boleh dilakukan ialah jika seseorang membeli produk Ahmad, dia akan mendapat diskaun 20% untuk membeli produk Amin dan begitulah sebaliknya.

Penggunaan email list untuk promosi. Rakan JV boleh menggunakan kesempatan menggunakan email list rakan JV yang lain untuk tujuan promosi. Boleh juga digunakan affiliate link untuk menggunakan list ini atau seperti mana yang difikirkan sesuai untuk memanfaatkan email list rakan JV

Ada banyak lagi kelebihan JV dan ianya merupakan atu senjata yang tak boleh diremehkan jika anda mahu membuat duit dari rumah. Banayk internet marketer yang berjaya hanya dengan menggunakan kaedah JV dan ianya boleh dianggap senjata yang paling efektif sekarang.

No comments: