Bagaimana Mendapatkan JV Partner?

Kita dah bincang tentang kekuatan yang ada pada JV partner dan kelebihan yang dapat kita perolehi dari JV Partner pada pos yang lepas. Kali ni kita bincang pula macam mana nak cari JV partner dalam nak memantapkan usaha bisnes dari rumah yang kita sedang usaha jalankan.




Kita boleh menjalinkan hubungan dengan para usahawan luar sebagai JV partner kita dan kita pasti memperolehi manfaat yang besar. bayangkan jika anda berjaya membuat JV Partner dengan Chris McNeney ataupun lebih dikenali sebagai Chris X, seorang utawan Clickbank, pasti berbaloi kan? Tapi bagaimana mahu mendapatkan rakan usahasama? Bukan senang kan.. Ok, ada beberapa cara bagaimana mendapatkan JV partner;

Beli produk dan bina hubungan yang baik dengan pemilik produk tersebut. Kebanyakan produk digital sekarang menawarkan ‘Live Support” atau pun support forum untuk pembeli produk mereka. Forum ini bertujuan menjawab sebarang masalah dan sokongan yang melibatkan produk mereka. Anda boleh gunakana sepenuhnya forum ini untuk membina hubungan yang baik dengan admin nya. Dengan hubungan yang baik anda boleh menawarkan diri anda untuk menjadi rakan JV nya!

Sertai seminar. Banyak seminar tentang buat duit diadakan masa kini. Dengan menyertai seminar keusahawanan ini anda akan mendapat kenalan yang sama-sama berminat dalam keusahawanan dan ada antara mereka yang sudah mempunyai nama yang bagus dalam dunia internet. dari seminar ini anda boleh mendapatkan khidmat mereka yang bersama-sama berseminar bersama anda untuk menjadi rakan JV anda

Sertai forum yang berkaitan dengan niche produk anda. Ramai otai-otai internet marketer yang join forum. Contohnya forum WangCyber. Kebanyakan ahlinya sudahpun memulakan perniagaan internet masing-masing. Terdapat jugak usahawan internet terkemuka seperti Labanon, SmartZul dan RajaAdsense dalam forum tersebut. Anda boleh membuat persetujuan yang bagus dengan mereka untuk sama-sama meraih keuntungan.

Secara ringkasnya untuk memulakan JV anda harus tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh tawarkan kepada mereka. Setelah itu carilah rakan JV yang berkitan dengan produk anda kerana penting untuk memastikan mereka mempunyai ‘tergeted subscriber’. Kalau anda nak jual ebook pasal ternak lembu. Tak ada guna anda buat JV dengan Ewan Chia yang lebih kepada home business.!

No comments: