Duit Dari Blog 4: Jual Link

Lama jugak tak menulis kat sini. maklumlah sibuk sikit. Macam mana dengan acara membuat duit dari blog? Ada yang berhasil tak? Kalau belum ada cuba lagi, biar lambat tapi berterusan. Dah mula pasang iklan Adsense tak pun Bidvertiser kat blog anda? Kalau anda ada blog pastikan blog anda mampu memberikan anda sedikit wang. Bukan apa, banyak peluang rugi kalau tak sambar!

Ok Tips keempat yang kita nak bincangkan hari ini ialah cara mendapatkan duit dari blog dengan menjual link? Bagaimana tuh? Konsepnya mudah sahaja, anda buka peluang untuk blogger lain meletakkan link mereka di blog anda tetapi mereka dikenakan bayaran! Tapi tak semudah yang disangka, anda perlu mempunyai 1 syarat penting iaitu anda harus mempunyai PAGE RANK sekurang-kurangnya 3. Anda boleh semak page rank anda di sini (My Page Rank)

Sekiranya blog anda mempunyai paga rank 3 anda sudah boleh menjual link di blog anda. Rate biasa untuk PR3 ialah $4 sebulan, kalau anda berjaya jual 10 link, tak ke $40 sebulan? Tapi kalau anda ada blog yang punya PR5 lagi lah masyuk! Ramai internet marketer yang mencari blog yang mempunyai page rank yang tinggi untuk menaikkan page rank mereka sendiri. Ye lah mereka mempunyai website atau blog komersil, page rank penting untuk memastikan kedudukan mereka di Search Engine. Jadi dengan meletakkan link mereka di blog lain yang mempunyai page rank yang bagus, mereka mendapat manfaat kenaikan page rank di masa hadapan.

Cukup disini dahulu. Kalau blog anda ada Page Rank anda sudah boleh bertindak mempomosikan blog anda di forum2 buat duit!!

Duit Dari Blog 3: Affiliate Program

Bagaimana dengan 2 teknik sebelum ini? Harap ada yang berjaya membuat duit dengan teknik yg telah dibincangkan. Semua teknik ini memang praktikal dah mudah, cuma masa yang anda luangkan untuk blog dan promosi blog yang menentukan kejayaan anda membuat duit dari blog. Itu akan kita bincangkan dalam topic2 yang akan datang tentang bagaimana mempromosi blog dan membawa pengunjung/traffic ke blog anda.

Teknik ketiga membuat duit dari blog adalah dengan "Affiliate Program". Anda sudah punya blog, blog anda sudah punya satu dua elemen yang berjaya menarik pembaca mengunjungi blog anda dan anda jugak sudah mula mendapat sedikit hasil dari Adsense/Crispads/Bidvertiser serta stream lain yg telah kita bincangkan. Jadi dengan "Affiliate Program" anda menambah nilai blog anda ke tahap yang lebih tinggi. Affiliate program masih dianggap sebagai sumber pendapatan yang terbaik dalam mencari wang dari internet.

Apa dia "Affiliate Program"? Affiliate dengan definisi mudah ianya adalah satu program di mana pengeluar produk berkerjasama dengan agen untuk menjual produk mereka. Sebagai balasan agen akan memperolehi komisyen dari pengeluar produk untuk setiap barangan yang dijual. Komisyen dibayar berdasarkan harga barangan yang dijual. Dengan kata lain, apabila org bli produk itu, anda dapat wang.

Jadi anda hanya perlu pamerkan Banner/review produk itu pada blog anda. Sekiranya ada pengunjung yang berminat dan membeli produk itu, secara automatik anda mendapat komisennya. Antara syarikat yg menawarkan program affiliate adalah Clickbank, Amazon, eBay dan Commission Junction. Anda register account di syarikat ini (percuma) dan pilih produk apa yang ingin anda pamerkan pada blog anda. Kenal pasti pengunjung blog anda, kalau mereka dari kalangan remaja, cari lah produk yg sesuai untuk mereka. Tips saya, carilah barangan yang murah dan %komisen yang tinggi, misalnya Clickbank menawarkan sehingga 75% komisen kepada anda dan mereka punya ribuan produk dari seluruh dunia.

Cukup di sini dulu. Harap post ini dapat membantu anda mencari duit dari blog anda!! Selamat Mencuba!

Duit Dari Blog 2: Posting

Kita sambung perbincangan bagaimana membuat duit dari blog. Saya harap teknik pertama telah anda terokai dan terap kan di dalam blog anda. Teknik yg ingin kita bincangkan hari ini ialah satu teknik atau saluran yg mampu memberi pulangan yang tidak sedikit kepada anda. Anda yg mampu membuat sehingga $100 dalam sehari menggunakan teknik ini. Teknik yang dimaksudkan ialah teknik menjana wang melalui review atau pendapat yang anda post dalam blog anda.
Bagaimana? Mudah saja konsepnya, anda beri pandangan, pendapat peribadi anda terhadap sesuatu tajuk/produk dah post pada blog anda, dan anda di bayar untuk itu! Contohnya jika tajuk yang diberi adalah tentang Milo, anda tulis pasal Milo dari sudut pandangan anda;

"Milo mampu menjana keyakinan diri saya kerana ianya diperkaya dengan bla bla bla.."
Kenapa anda dibayar? Ya kerana anda secara tidak langsung mempromosikan Milo. Tapi bukan semua orang mampu melakukan penulisan yang baik dan berkualiti, post anda akan di nilai oleh panel mereka dan anda akan di bayar mengikut keberkesanan post anda. Kadang ianya tidak perlu informatif, cukup sekadar expresi jujur anda tentang isu/produk itu. Selesai tulisan itu, anda pos kan di blog anda. Itu saja.
Saya senaraikan 4 company yang menawarkan servis ini;

Rahsianya, pastikan anda memilih tajuk yang ada kaitan dengan blog anda. Kalau blog anda mengenai sukan, lebih mudah review anda diterima untuk peralatan sukan atau yang berkaitan dengan sukan. Review tentang golf selalu mendapat bayaran yang tinggi mengikut sumber2 yang pernah saya baca.

Sambil blogging kita buat duit. Yayy! Harap posting ini dapat membantu anda! Sampai di sini dulu, nanti kan teknik-teknik seterusnya!!

Duit Dari Blog 1 - Iklan (Pay-per-click)

Anda sudah punya blog? Blog anda berisi pengetahuan, informatif atau hanya gurau senda bersama kawan-kawan? Tak kira apa saja isinya kenapa harus biarkan nya dilawati teman-teman tanpa ada hasil dari blog itu? Tambah kan sedikit nilai padanya, biarkan ia nya memberi sedikit (mungkin banyak!) pendapatan kepada anda.
Untuk pos yg pertama ini kita bincangkan tentang bagaimana menjana wang dari blog anda melalui jalan mudah: IKLAN. Anda pasti sudah dengar tentang Google Adsense dan bagaimana seorg remaja dari Thailand menjana puluhan ribu dari Adsense bukan? Jadi ini cara mudah buat anda, "Monetizing blog". Konsepnya mudah, anda mendapat komisen dari iklan provider setiap kali pelawat masuk ke blog anda dan tertarik dengan iklan itu. Nah, mudah bukan? Tidak ada bayaran, percuma kerana anda menyediakan ruang iklan untuk mereka, jadi mereka BAYAR ANDA!
Bagaimana?
  1. Pilih iklan provider (saya senaraikan dibawah)
  2. Register dengan percuma sebagai "Publisher"
  3. Isikan butiran anda serta keterangan sedikit sebanyak tentang blog anda
  4. Anda akan diberikan HTML code untuk diletakkan di blog anda
  5. SELESAI!! Anda boleh mula menjana wang dari blog anda!!
Antara iklan provideryang selalu digunakan dan terbukti berkesan ialah;

Saya senaraikan 6 iklan provider yang paling dipercayai buat masa ini. ada banyak lagi syarikat provider yang lain, tapi buat masa sekarang cukup lah sekadar 6 dahulu. Jika anda menggunakan blogspot, tiada masalah untuk untuk mendapatkan akaun Google Adsense kerana blogspot (blogger.com) dimiliki oleh Google. Untuk yang menggunakan hosting lain mungkin ianya mengambil masa sedikit untuk mereka meluluskan (approve) akaun anda.

Nuffnang merupakan antara iklan provider terulung di rantau Asia, anda akan di bayar dalam Ringgit Malaysia berbanding iklan provider yang lain yang membayar anda dalam USD. Nuffnang juga menyediakan analisis pelawat ke blog anda secara terperinci setiap jam dan dari mana datang nya pelawat anda, apa keyword yang mereka guna untuk sampai ke blog anda dan mcm2 lagi. Jadi amat menarik untuk menggunakannya.

Selamat mencuba!!

p/s nantikan post Teknik-teknik seterusnya!