Duit Dari Blog 3: Affiliate Program

Bagaimana dengan 2 teknik sebelum ini? Harap ada yang berjaya membuat duit dengan teknik yg telah dibincangkan. Semua teknik ini memang praktikal dah mudah, cuma masa yang anda luangkan untuk blog dan promosi blog yang menentukan kejayaan anda membuat duit dari blog. Itu akan kita bincangkan dalam topic2 yang akan datang tentang bagaimana mempromosi blog dan membawa pengunjung/traffic ke blog anda.

Teknik ketiga membuat duit dari blog adalah dengan "Affiliate Program". Anda sudah punya blog, blog anda sudah punya satu dua elemen yang berjaya menarik pembaca mengunjungi blog anda dan anda jugak sudah mula mendapat sedikit hasil dari Adsense/Crispads/Bidvertiser serta stream lain yg telah kita bincangkan. Jadi dengan "Affiliate Program" anda menambah nilai blog anda ke tahap yang lebih tinggi. Affiliate program masih dianggap sebagai sumber pendapatan yang terbaik dalam mencari wang dari internet.

Apa dia "Affiliate Program"? Affiliate dengan definisi mudah ianya adalah satu program di mana pengeluar produk berkerjasama dengan agen untuk menjual produk mereka. Sebagai balasan agen akan memperolehi komisyen dari pengeluar produk untuk setiap barangan yang dijual. Komisyen dibayar berdasarkan harga barangan yang dijual. Dengan kata lain, apabila org bli produk itu, anda dapat wang.

Jadi anda hanya perlu pamerkan Banner/review produk itu pada blog anda. Sekiranya ada pengunjung yang berminat dan membeli produk itu, secara automatik anda mendapat komisennya. Antara syarikat yg menawarkan program affiliate adalah Clickbank, Amazon, eBay dan Commission Junction. Anda register account di syarikat ini (percuma) dan pilih produk apa yang ingin anda pamerkan pada blog anda. Kenal pasti pengunjung blog anda, kalau mereka dari kalangan remaja, cari lah produk yg sesuai untuk mereka. Tips saya, carilah barangan yang murah dan %komisen yang tinggi, misalnya Clickbank menawarkan sehingga 75% komisen kepada anda dan mereka punya ribuan produk dari seluruh dunia.

Cukup di sini dulu. Harap post ini dapat membantu anda mencari duit dari blog anda!! Selamat Mencuba!

No comments: