Duit Dari Blog 4: Jual Link

Lama jugak tak menulis kat sini. maklumlah sibuk sikit. Macam mana dengan acara membuat duit dari blog? Ada yang berhasil tak? Kalau belum ada cuba lagi, biar lambat tapi berterusan. Dah mula pasang iklan Adsense tak pun Bidvertiser kat blog anda? Kalau anda ada blog pastikan blog anda mampu memberikan anda sedikit wang. Bukan apa, banyak peluang rugi kalau tak sambar!

Ok Tips keempat yang kita nak bincangkan hari ini ialah cara mendapatkan duit dari blog dengan menjual link? Bagaimana tuh? Konsepnya mudah sahaja, anda buka peluang untuk blogger lain meletakkan link mereka di blog anda tetapi mereka dikenakan bayaran! Tapi tak semudah yang disangka, anda perlu mempunyai 1 syarat penting iaitu anda harus mempunyai PAGE RANK sekurang-kurangnya 3. Anda boleh semak page rank anda di sini (My Page Rank)

Sekiranya blog anda mempunyai paga rank 3 anda sudah boleh menjual link di blog anda. Rate biasa untuk PR3 ialah $4 sebulan, kalau anda berjaya jual 10 link, tak ke $40 sebulan? Tapi kalau anda ada blog yang punya PR5 lagi lah masyuk! Ramai internet marketer yang mencari blog yang mempunyai page rank yang tinggi untuk menaikkan page rank mereka sendiri. Ye lah mereka mempunyai website atau blog komersil, page rank penting untuk memastikan kedudukan mereka di Search Engine. Jadi dengan meletakkan link mereka di blog lain yang mempunyai page rank yang bagus, mereka mendapat manfaat kenaikan page rank di masa hadapan.

Cukup disini dahulu. Kalau blog anda ada Page Rank anda sudah boleh bertindak mempomosikan blog anda di forum2 buat duit!!

No comments: