Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.
Tanyakan soalan ini: "Berapa banyak Encik A hendak?" sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka.

Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.

Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.

Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.

Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.
Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.

Buat iklan dalam surat khabar tanpa memaparkan nama barangan atau nama syarikat MLM anda tetapi memaparkan produk yang menjadi keperluan pelanggan. Misalnya: INGIN MENJADI SIHAT SENTIASA? Sila hubungi : Encik B, 016-XXXXXXX Atau datang sendiri ke alamat : Blok X, Lot XXX, Jalan XXX, Taman XXX, Kota Kinabalu, Sabah.

Ada usahawan yang saya lihat menyertai ekspo perdagangan untuk menjual produk jualan langsung. Ada yang menyewa tapak jualan di pasar minggu untuk tujuan yang sama. Walaupun kaedahnya berbeza, tetapi matlamatnya sama dan sasaran jualan adalah besar.

Buat jualan besar-besaran (big sales) pada musim tertentu. Misalnya, jika anda menjual produk jus, buat jualan besar-besaran ketika musim perayaan. Buat penerangan/demo pada 4-5 barangan sahaja yang anda pilih sendiri (pilih kategori produk yang best-seller) supaya pelanggan anda tidak terkeliru dan bingung jika anda menerangkan semua jenis produk.

Buat jualan susulan bagi produk yang lain. Semasa menjual, cuba tarik perhatian mereka untuk membeli, bukan memaksa mereka membeli.Membeli kerana tertarik oleh kelebihan barangan akan menghasilkan pembelian ulangan dan susulan.

Buatlah demo mudah, meskipun hanya dengan meminta mereka menyapukan losyen pada tangan.

Produk Yang Disyorkan !!!

Top Movie Downloads + 20 Sites To Promote. Make Money + Everybody Knows, We Have The Lowest Refunds.


Make Over 60 Usd Per Sale With The Forex Killer! Hired Videotaped Actor Handles The Selling For You And Converts Unlike Anything Else You Have Seen! Try A Simple Google Campaign Or A 100% Money Making Press Release. Guaranteed To Perform!


AdWords Profits 2 - How To Finally Make Money With Google AdWords. Highest Conversions. The $97 Back End Converts 1 Of Every 3 Customers. You Earn Huge 75% Commissions. Come On Board To Get Your Big Share Of This Amazingly High Converting Product.


Zune Download. Getting Hot Fast. Here Is You Chance, Money Maker, Y/g/msn Tracking.


MP3Rocket.com - Payout Now Raised To 75% - Lowest Refunds!


10 Minute Forex Wealth Builder! Affiliates Are Raking It In! Converting Like Crazy - 2 Deadly Accurate Forex Systems Enabling Anybody, No Matter What Experience Level To Make Shocking Amounts Of Money Trading The Forex Market With Only 10 Minutes A Day!


Ewen Chias Autopilot Profits! Turnkey Money Machine Pays 75% Commissions Instantly - 40% Conversion!


Mp3 Download Support. See www.platinumpartner.com For 50+ Sites. Simple, We Help You Make More Money. Mp3 Movies Tv Shows.


Automated Cash Formula. Fast & Easy Secret Money Making System - Without Using A Website Or Marketing. Paying Top 75% Commissions On Two Levels!


Scan And Fix Errors In Windows Registry. Error Nuker - Scan Your Pc For Free To Check For Windows Registry Errors - By SpyWare Nuker Team - No#1 Money Maker Since 2002.

Produk Sendiri Vs Program Affiliate

Mempunyai produk sendiri di dalam usaha perniagaan Internet adalah satu kelebihan kerana anda boleh membina keunikan anda sendiri, atau dalam erti kata lain, “anda menyerlahkan diri” dengan ‘bantuan’ produk yang unik tersebut.

Malah, keuntungan adalah 100% milik anda tanpa diusik sedikit pun oleh sesiapa.

Namun begitu, tak semua indah belaka jika anda berniaga dengan produk sendiri. Ada juga ‘kekurangannya’ yang terpaksa ditanggung.

Berikut adalah jadual ringkas perbandingan di antara produk sendiri dan produk program Affiliate (bukan produk anda) :

Perniagaan Internet

Perniagaan Internet

Perniagaan Internet

Namun, jika anda tanya saya yang mana satukah yang saya lakukan, jawapannya, saya lakukan kedua-duanya dan ditambah dengan satu model lagi iaitu Servis.

Produk sendiri + Servis + Produk Affiliate = $$ + $$ + $$

Semakin banyak model perniagaan Internet yang anda lakukan, maka semakin banyak sumber pendapatan anda.

Download PERCUMA - Ebook Limited Edition

Ebook panduan - panduan yang sangat berguna untuk penguna baru yang ingin berjinak-jinak dalam dunia internet terutama perniagaan internet.

1. Perniagaan_tanpa_website
2. Perniagaan_internet_clickbank_dan_paypal
3. Pengurusan Laman Web
4. Pelita_affiliate
5. PayPal-PublicBank
6. Panduan_Asas_Kewangan_Online_v1
7. Panduan WordPress
8. Panduan Paypal v2
9. Panduan eBay
10. Panduan Asas eBay

10 Ciri perniagaan affiliate yang terbaik

Saya amat tertarik dengan artikel ini untuk maklumat kita bersama,

Apa itu affiliate program? mungkin anda pernah mendengar pelbagai kaedah mencari wang di internet melalui affiliate program. Tetapi adakah benar anda mungkin akan memperolehi pendapatan dengan program affiliate?

Ramai juga yang berpendapat Affiliate program adalah satu skim atau program cepat kaya, malah ada tanggapan affiliate program adalah sama seperti skim pelaburan atau Multi level marketing (MLM) dan paling kronik lagi mengatakan affiliate program dalah satu skim internet haram.

Pendapat negatif diatas adalah sama sekali salah, dan ianya harus diubah. Pemasar internet yang matang dan telah bertahun-tahun lamanya memasarkan produk afffiliate pasti tahu bahawa perniagaan internet pada hari ini telah mejangkaui dan telah berevolusi dengan pantas.

Mari kita kaji dan lihat perspektif affiliate yang sebenar. Affiliate Program adalah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh syarikat pengeluar produk atau perkhidmatan untuk memasarkan produk dengan memberi yuran komisen dari setiap jualan.

Boleh dikatakan juga, pemasaran Affiliate adalah satu strategi pemasaran online dimana syarikat tertentu akan membayar anda beberapa peratus keuntungan jualan dari setiap pelanggan online yang mereka perolehi dari link affiliate yang disediakan.

Ianya juga boleh dikatakan satu program perdagangan elektronik pada pemilik laman web (untuk cth, sebuah laman web mengenai keusahawanan) yang akan menghantar pelawat ke laman web jualan (seperti laman web pengiklanan) untuk membeli mana-mana pakej pengiklanan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Entiti perniagaan itu akan berkongsi keuntungan dari setiap jualan dengan pemilik web yang memperkenalkan tawaran milik entiti perniagaan terbabit.

Affiliate program juga adalah satu program pembangunan pemasaran yang dilakukan oleh pihak ketiga atau syarikat itu sendiri. Ia memberi satu ruang untuk pemilik web atau usahawan bebas mempromosi produk atau perkhidmatan tertentu. Sebagai pertukaran, Syarikat atau entiti perniagaan terbabit akan menyediakan wang komisen pada setiap jualan. Affiliate yang terbaik kebanyakkannya akan memberi anda komisen apabila mereka memperolehi sebarang jualan dari pakej dan tawaran promosi yang diberikan.

Ramai yang tertanya-tanya adakah benar atau tidak pemasaran affiliate mampu memberikan mereka satu ruang baru untuk menambah pendapatan. Mari kita lihat dengan lebih dalam sedikit, apakah ciri-ciri perniagaan affiliate yang mampu memberikan anda sebarang pendapatan yang berpanjangan? benar atau tidak ia mampu mengubah cara hidup anda dengan mempromosi produk syarikat affiliate? anda tentukan…

Baik, pelbagai persoalan mungkin timbul sekarang, tetapi adakah anda tahu bahawa, sebelum anda memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan affiliate anda harus memilih apakah produk affiliate yang anda promosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan anda berkembang, dan bagaimana struktur perniagaan dari segi komisen dan bagaimana anda boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar affiliate mereka komisen yang dijanjikan.

Program affiliate hari ini telah banyak berubah dari 5-10 tahun dahulu. Trend terbaru ini telah memberikan ramai pemasar internet satu pilihan terbaru untuk masih kekal dengan sistem affiliate lama atau tren affiliate yang baru. Disini disediakan beberapa tips sebelum anda memilih Program Affiliate.

10 Ciri perniagaan affiliate yang terbaik

1- Program affiliate yang diusahakan oleh syarikat berdaftar (Suruhajaya Syarikat malaysia- “SSM” jika diMalaysia)

Program affiliate yang baik adalah program pemasaran (affiliate) yang diuruskan oleh sebuah syarikat berdaftar. Adakah anda tahu, kebanyakkan affiliate dahulunya dilakukan oleh individu, dan ia memungkinkan adanya penipuan dan tiada bantuan khusus kerana ia sekadar “one man show”. Bayangkan ianya dilakukan oleh individu tertentu, bagaimana bantuan yang anda harapkan? dan sudah tentu anda boleh bayangkan yang beliau tidak begitu serius untuk menjalankan perniagaan. Mungkin juga beliau hanya akan berada dipasaran sebentar selepas itu tidak lagi menjalankan perniagaan tersebut.

Bagaimana dengan pendapatan anda? apakah yang anda boleh harapkan darinya? bagaimana anda boleh perolehi perniagaan yang baik jika asyik berubah-ubah? jadi nasihat saya, mungkin dahulunya anda tidak kisah dengan affiliate program yang dijalankan oleh individu, tetapi hari ini perniagaan affiliate telah mencapai satu tahap dimana ia bukan hanya dilakukan mengikut musim, tetapi affiliate kini telah menjadi satu perniagaan sepanjang hayat malah ada affiliate hari ini boleh diwariskan kepada anak-anak pada masa hadapan.

2- Produk yang memberi nilai tambah pada pelanggan

Produk yang mampu memberi kebaikan kepada anda dan pengguna lain adalah satu produk perniagaan affiliate yang hebat. Mungkin anda rasa produk yang anda promosi hari ini cukup popular, tetapi tiada manfaat kepada pengguna lain, jadi kenapa mempromosi sedangkan anda tahu produk ini punyai jumlah masa hidup yang terhad (short life). Bagi saya, jangan lepaskan peluang pada produk yang tidak begitu popular hari ini, tetapi pada masa akan datang ia mampu memberikan anda sejumlah pulangan. Informasi adalah satu perkara yang penting, jika anda dapati adanya satu perniagaan yang baik tetapi masih belum popular itu lah peluang anda untuk berniaga. Seperti perniagaan konvesional, jika anda tahu sesuatu perkara itu lebih awal dari orang lain, perniagaan baru ini bakal menjanjikan keuntungan lumayan, jadi rebut peluang yang ada, mungkin anda tidak nampak hari ini popularitinya, tetapi jika produk itu amat berguna lekas-lekas dapatkan platform untuk mempromosi perniagaan affiliate tersebut.

3- Produk yang diyakini mampu untuk bersaing & berkembang

Bagaimana anda boleh katakan produk ini mampu berkembang? kerap kali saya dengari keluh kesah “affiliate marketer Malaysia” yang acap kali hanya memasarkan produk affiliate seperti ebook dan tips-tips murahan yang tidak seberapa, adakah anda tahu.. ebook adalah satu contoh produk yang punyai jangka hayat yang bersifat sementara? lihatlah dengan koleksi ebook yang pelbagai dipasaran dan pemilik ebook itu sendiri kerap kali bertukar-tukar ebook yang sama. Malah ada diantaranya isi ebook itu amat lemah dan umum mengetahuinya dan ada produk tertentu lebih teruk ianya adalah himpunan koleksi atau tulisan semula dari idea asal penulis berbahasa inggeris dari luar negara. Jadi ini akan menyebabkan motivasi anda sebagai pemasar affiliate rebah dan hilangnya reputasi kerana anda kerap kali bertukar-tukar produk mempromosi.

Pendapat saya, produk affiliate yang terbaik untuk anda promosi adalah satu produk yang punyai nilai dan berbentuk perkhidmatan. jadi carilah satu produk perniagaan yang berguna dan berbentuk perkhidmatan, kerana setiap perniagaan itu tidak kiralah virtual atau konvesional pokoknya adalah belian ulangan (repeat sales). Jika anda dapati pernigaan itu mampu untuk membuatkan pelanggan anda membelinya sekali lagi, itulah yang membuatkan pernigaan anda terjamin untuk selamanya.

4- Mempunyai produk produksi tersendiri (Inhouse productions)

Ciri keempat produk atau program affiliate yang terbaik adalah satu produk yang dihasilkan oleh syarikat dan dikuasai oleh syarikat terbabit. Ianya terletak pada keunikan dan bentuk perkhidmatan itu sendiri. Sebagai contoh, affiliate program dari topup prepaid dan SMS. memanglah secara asasnya produk prepaid amat tinggi permintaanya. Tetapi berapa jumlah komisen yang diberi? bukan mengikut jumlah komisen dari seberapa ramai yang anda jual, tetapi anda harus tahu ianya berkait rapat dengan pembekal ketiga selain dari syarikat pengganjur.

Masalah ini amat jelas, kerana perniagaan topup prepaid atau perniagaan SMS ini dikuasai oleh syarikat telco (telekomunikasi) dan syarikat yang menjalankan perniaggaan ini hanyalah pihak ketiga. Jadi amat sukar untuk kebanyakkan affiliate marketer untuk mempromosi produk tersebut kerana komisen yang rendah dan perlukan komitmen yang lain dan berisiko tinggi kebarangkalian untuk anda gagal. Tidak kira sebesar mana jualan anda, produk telekomunikasi seperti topup prepaid dan bisnes SMS hanya akan mengguntungkan syarikat telco semata-mata. Nasihat saya, elakkan mempromosi perniagaan topup prepaid dan sms kerana anda akan berulangkali mengulangi kesilapan dahulu.

5- Ciri perniagaan yang mampu untuk berkembang

Adakah hari ini anda telah menjumpai satu perniagaan internet yang sebenar? ramai diantara manusia-manusia yang mengatakan mereka adalah usahawan internet. Tetapi apakah yang mereka jual? Kebanyakkan mereka apabila saya katakan apakah perniagaan internet anda? mereka dengan slumber mengatakan saya punyai satu blog dan menjadi penerbit kepada “THE BIG G”. Saya hanya katakan wow! hebat, dan terus menukar topik lain.

Kesilapan disini adalah ramai yang mengatakan mereka menjalankan perniagaan internet, tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah perniagaan internet. Sekali lagi saya katakan GOOGLE ADSENSE bukanlah satu perniagaan. Anda tidak melakukan apa-apa… memang ramai yang mengatakan mereka perolehi pendapatan 20K-30K sebulan dengan adsense, tetapi apakah benar? jika mereka punyai lebih dari 1 juta unique visitor setiap hari kemungkinan ada, tapi boleh dibilang dengan jari laman-laman web adsense seperti itu.

Anda boleh meletakkan banner adsense didalam blog atau web anda, tetapi jangan lah beranggapan Adsense itu perniagaan anda. Dengan polisi Adsense yang sentiasa berubah-ubah akan membuat anda hilang punca apabila anda tidak lagi dapat menggunakan Adsense. Carilah satu perniagaan berbentuk CPA (cost per Action). Promosi produk affiliate berdasarkan CPA, kerana ia jauh lebih baik dari adsense kerana ramai yang sudah bias dengan Adsense. Jika anda meletakkan Adsense sebagai sumber utama pendapatan internet anda ini bermakna anda sebenarnya masih jauh ketinggalan.

6- Selidik potensi produk masa hadapan

Bagaimana anda boleh tahu produk affliate ini punyai prospek hadapan? Pertama sekali kenali industri tersebut, adakah ramai yang memerlukan produk tersebut. Mungkin anda tidak tahu dan mungkin tidak sedar, kebanyakkan affiliate popular diUSA adalah program perkhidmatan berbentuk CPA. Kerana produk berdasarkan pencapaian ini amat tinggi nilai kormesil dengan bantuan dan teknik yang betul anda pasti akan berjaya.

DiMalaysia kita masih kurangnya perniagaan internet berdasarkan CPA. Walaupun ada tetapi mereka ini basih didalam sekumpulan kecil. Ada pula satu program affiliate Malaysia yang berjaya di Singapura. Tetapi tidak diMalaysia. Ini amat menghairanan saya, mungkin affiliate marketer diSingapura lebih cepat memahami dari rakan-rakan kita diMalaysia yang masih termimpi-mimpi dan ketakutan apabila ada saja perniagaan affiliate yang memerlukan kita mencuba atau mengeluarkan modal.

Mungkin ada tertanya-tanya, dan mungkin juga anda pernah mempromosi produk affiliate berdasarkan CPA. Tetapi tidak pernah pula anda memperolehi pendapatan yang boleh dibanggakan sedangan orang lain dengan mudah perolehi pendapatan RM5K-RM10K sebulan.

Cost per Action atau CPA adalah satu kaedah pemasaran dimana anda akan memperolehi komisen berdasarkan pencapaian, bermakna ada jualan, adalah komisen. Tiada jualan tiadalah komisen.

Baiklah kita lari topik sikit, CPA punyai 2 kategori berbeza, apa yang membezakannya adalah status anda.

1. Status sebagai affiliate yang mendaftar percuma sebagai affiliate dan ingin mendapatkan wang percuma.

2. Status sebagai VIP affiliate yang membeli dan telah mencuba produk affiliate terbabit

Saya ingin bertanya kepada anda, siapakah golongan affiliate diatas yang punyai sifat usahawan sebenar (genuine entrepreneur)? Sudah tentulah affiliate atau pemasar kedua (2). Ini kerana mereka yang telah mencuba produk ini lebih arif mengenai produk tersebut.

Apakah pandagan pembeli jika mereka mengetahui anda akan perolehi wang percuma apabila mereka membeli dari link affiliate percuma anda? walau terdesak manapun mereka, mereka akan terus menghubungi admin dari mungikuti link affiliate anda. Kerana itulah walau anda telah mempromosi produk tertentu selama 6 bulan atau 1 tahun produk terbabit tidak pernah pula memberi anda walau 1 sen dari komisen.

Berbeza dengan satus sebagai Affiliate yang agak tertutup, kerana anda hanya layak untuk mempromosi produk syarikat ini apabila anda sendiri telah mencuba atau anda sendiri adalah pelanggan mereka. Dari sudut pembeli pula, mereka akan melihat anda lebih diyakini kerana anda sendiri telah mencuba produk terbabit. Tidak kiralah ianya berdasarkan produk atau perkhidmatan anda pasti akan memperolehi komisen lumayan dari affiliate program yang memerlukan anda upgrade atau menjadi ahli VIP, kerana ini adalah tanggapan pelanggan, anda tiada kuasa menghalangknya.

Ianya lebih praktikal, dan logik dan inilah rahsia yang tidak diketahui umum. Kesalahan apabila memilih perniagaan internet CPA adalah satu punca yang menyebabkan mereka mengalami kegagalan sekali lagi.

7- Rekod Bayaran cemerlang

Inilah saat dan waktu yang terpenting. Setelah berusaha mempromosi waktu bayaran haruslah tepat. Mungkin ada sedikit kelewatan tetapi hanya 2-3 hari masih boleh dipertimbangkan. Sebelum anda memasuki sesuatu perniagaan affiliate itu, cuba anda search di google dengan perkataan [nama affiliate] [scam] digoogle. Sila lihat adakah apa-apa masalah yang blogger atau webmaster lain hadapi. Jika tiada, semak sekali lagi 6 list diatas. Jika syarikat terbabit memenuhi syarat diatas. tahniah anda telah berjumpa dengan lubuk emas.

8- Khidmat pelanggan yang baik

Khidmat pelanggan adalah satu faktor, cuba hantarkan email atau gunakan chat discussion jika laman web terbabit menyediakan chat support. Bagi saya chat support adalah satu cara terbaik didalam khidmat pelanggan diinternet. Jika syarikat terbabit tiada sistem chat, cuba hantarkan email pada mereka. Jika mereka tidak menjawab sebarang email, ini bermakna mereka tidak mampu membantu anda apabila anda sebagai affiliate mereka. Mungkin anda harus menghubungi mereka melalui talian telefon. Telefon Syarikat terbabit, dan jika telefon juga tidak berjawab. Mungkin anda harus ulanginya beberapa kali, jika langsung tiada jawapan dari 20 panggilan yang dibuat. lupakan, cari yang lain.

9- Bantuan latihan (Jika ada)

Perniagaan internet sememangnya adalah satu niaga yang menggunakan internet. Perniagaan affiliate yang terbaik menyediakan satu modul latihan. Bukan semata-mata menyediakan modul untuk menggunakan produk, tetapi ciri-ciri perniagaan affiliate yang terbaik menyediakan latihan dan kaedah teknik mempromosi kepada usahawan atau pemasar internet dari segi teknik menjual dan motivasi berkesan kepada usahawan affiliate.

10- Sistem komisen yang lumayan (tidak menindas)

Komisen affiliate mungkin berbeza diantara syarikat. Ada diantaranya memberikan anda 10%, 25% ada diantaranya 70%. Secara logiknya pasti anda mahukan perniagaan affiliate yang memberikan anda 70% komisen berbanding 10%.

Benar, jumlah komisen amat penting jika anda inginkan perniagaan affiliate anda memberikan anda pendapatan yang konsisten. Banyak faktor yang menyebabkan sesebuah syarikat tertentu memberikan pemasar affiliate mereka komisen yang tinggi, dan kebanyakkan perniagan affiliate ini menyediakan perkhidmatan. Jadi carilah satu bisnes affiliate yang menyediakan perkhidmatan, agar momentum dan semangat anda terus kekal dengan komisen yang tinggi.

Pada hari ini bisnes affiliate telah banyak berubah dari 5 tahun sebelumnya. Dahulunya komisen anda mungkin hanya pada tahap two (2) tier, tetapi hari ini ada diantara syarikat yang menawarkan kumpulan tanpa had (unlimited groups). Pada hari ini usahawan affiliate bukan hanya memperkenal tetapi anda boleh membina kerjaya dan organisasi tersendiri didalam affiliate program.

Bukan itu sahaja, evolusi perniagaan internet tidak berhenti setakat itu. Perniagaan affiliate yang mementingkan “human connection” bukan semata-mata memberi anda satu perniagaan, bukan juga melantik anda sebagai agen, tetapi usahawan affiliate hari ini boleh juga memperolehi komisen dari royalti jualan syarikat.

Walaupun tanpa menjual, anda tetap akan perolehi komisen dengan royalti jualan. Inilah satu evolusi yang memberikan perkhabaran gembira kepada pemasar affiliate baru, kerana kebanyakkan mereka masih baru dan masih berjinak-jinak dengan pernigaan internet.

Mungkin anda akan mengatakan evolusi perniagaan affiliate ini seperti program yang lain, tetapi matlamat sebenarnya adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menjual atau masih baru satu peluang untuk perolehi komisen. Salahkah syarikat yang menyediakan satu teknologi terbaik dan memberi penghargaan kepada affiliate mereka dengan ganjaran tambahan. Dari mereka yang kononya mengatakan mereka melakukan perniagaan affiiate sebenar tetapi hanya meguntungkan pemilik affiliate semata-mata? dan kerap kali pemasar-pemasar internet ini bertukar-tukar mempromosi bisnes internet tetapi semuanya tidak menjadi. Malah ada diantaranya tidak langsung memperolehi sebarang pulangan dari mempromosi, lebih teruk mereka terpaksa berpura-pura mengatakan, “saya masih baru.. banyak saya harus belajar sebelum berjaya seperti otai-otai blogger”… maksud saya, bukan semua bloggers boleh jadi blogger..

fikirkan..

Ebook Percuma

1. Kesilapan Usahawan Internet Muda - Klik Sini

2. Penipuan Internet yang patut anda tahu - Klik Sini

3. Projek Gelombang Pertama SmartZul- Klik Sini

4. Video Percuma dari Suffian& Zamri - Klik Sini

5. Panduan Paypal: Masalah dan Penyelesaiannya - Klik Sini

6. Panduan Membeli Secara Online di Malaysia - Klik Sini

7. Panduan Social Bookmarking Site - Klik Sini

Pelaburan Internet

Isu pelaburan internet memang cukup hangat pada masa lalu. Nampaknya usaha untuk membanteraspelaburan internetini mula mendapat sambutan dari semua pihak termasuk media massa.

Disebabkan sikap Rakyat Malaysia yang terlalu inginkan cepat kaya. Banyak la skim-skim inimuncul di Malaysia. Mereka mengatakan mereka beroperasi dari luar negaradan terlibatdalam offshore investment. Malah ada daripada mereka yang terlibat dalam skim ini melentingapabila ada yang mengatakan pelaburan mereka sertai adalah tipu.

Malah ada yang bermatian-matian mempertahankan bahawa kononnya pelaburan tersebut sah.Namun setelah Majlis Mufti Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa pelaburan internet ini adalah haram. Mereka semua terdiam, namun masih segelintir masih memperjuangkan skim berkenaan.

Swisscash dan berbagai-bagai lagi skimyang berkenaan kini sudah ditutup lamanweb mereka.Kononnya sedang dikemaskini. Ini adalah kerana tembelang mereka telah pun pecah.
Pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan yang teatp adalah haram buat orang Islam.Ia haram untuk digunakan oleh mereka. Ia mengandungi unsur-unsur riba dalam kenyataan mereka.