Bagaimana mencapai 'top 10 ranking' dalam Google dan Yahoo ?

Ramai orang boleh membina laman web atau blog sendiri, sama ada secara percuma atau berbayar. Tetapi ramai yang tidak tahu menguruskannya dengan efisyen. Konsep 'bina dan tinggal' tidak akan kekal lama. Banyak blog yang 'terbengkalai' kerana kekurangan pengunjung.

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, pengunjung atau pelawat merupakan aset penting sesebuah laman web atau pun blog. Apa gunanya tempat pelancongan yang indah tanpa kehadiran pelancong. Tentulah membazir bukan? Walaupun anda membina laman anda itu untuk tujuan suka-suka sahaja tanpa memikirkan tujuan komersialnya, pengunjung masih menjadi agenda nombor satu yang tidak patut dipinggirkan. lainlah kiranya anda memang tidak mahu orang lain mengunjungi laman anda, sebagaimana blog yang disediakan oleh blogspirit, di mana anda boleh memasukkan kata laluan untuk mengunjungi blog dalam platform tersebut.

Jika kaedah atau cara yang saya utarakan sebelum ini masih gagal menampakkan hasilnya (laman anda masih tidak tersenarai dalam google / yahoo) anda boleh cuba menggunakan kaedah yang akan kita bincangkan ini.

Apa yang anda tahu mengenai singkatan perkataan SEO? atau Search Engine Optimization. Mungkin anda semua pernah mendengarnya, ianya berbeza dengan CEO :)

Tiga langkah mudah meningkatkan ranking anda:

1. Muat turun perisian IBP secara percuma dan pasang ke dalam komputer anda.

2. Jalankan perisian ini, masukkan URL laman anda kedalam bahagian Top 10 Optimizer

3. Ikut arahan yang disediakan selanjutnya di dalam perisian tersebut.


Perisian IBP ini dapat membantu anda di dalam berbagai aspek mempertingkatkan kedudukan anda di dalam engin carian / search engine

Bagaimana meningkatkan ranking dalam search engine?

Persoalan bagaimana meningkatkan ranking sering ditanya terutama oleh meraka yang baru dalam bidang blogging ini. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, terdapat berbagai faktor penentu kepada ranking blog atau laman web anda dalam search engine.

Cuba anda dapatkan jawaban bagi soalan ini:

1. Adakah alamat blog anda boleh difahami dengan mudah? Alamat atau nama domain memainkan peranan yang agak penting dalam menentukan kedudukan anda dalam search engine. Pilihlah nama yang sesuai dengan kandungan blog anda serta pilihlah nama yang mudah difahami. Dengan kata lain, bila orang baca alamat, orang dah boleh agak isi kandungan blog tersebut.

2. Adakah tajuk blog anda melambangkan isi kandungan blog anda? Seperti juga alamat / domain, tajuk juga memainkan peranan yang sangat penting. Pastikan anda membina tajuk yang bersesuaian dengan kandungan blog.

3. Anda anda telah mengemaskini blog anda pada minggu ini? Purata jumlah posting yang disarankan adalah 3 kali seminggu, dengan kata lain, kemaskini blog anda dengan memasukkan maklumat-maklumat terbaru sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Jika anda mempunyai maklumat yang lebih, cuba simpan dulu dan postkan pada hari yang lain, kerana anda mungkin 'habis modal' pada sesuatu masa.

4. Adakah anda telah 'submit' blog anda kepada google? Ini persoalan yang sangat penting. Ramai blogger yang baru tidak menyedari perkara ini. Mereka mahu blog mereka tersenarai dalam search engine, tetapi kekadang terlupa untuk submit kepada search engine berkenaan.

5. Pernahkan anda melihat statistik blog anda? Jika belum ada, boleh kunjungi http://www.statcounter.com/. Cuba periksa statistik anda, apa sebenarnya yang dicari oleh mereka yang melawat blog anda. Berikan apa yang mereka mahu.

Sebagai tambahan, anda boleh cuba mendapatkan info dari http://www.searchengines.com/searchEnginesRankings.html

Ranking Enjin Carian

Rangking yang teratas sentiasa menjadi idaman kepada kebanyakan pengarang laman web atau penulis blog. Rangking teratas memastikan laman anda mudah dilihat oleh pengunjung yang mencari sesuatu melalui search engine seperti Yahoo, Google dan sebagainya.

Berbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan ranking di dalam search engine. Namun sebagai seorang pengarang laman web atau penulis blog, anda perlu mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan laman anda disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan search engine.

berikut adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan:-

  1. invisible text atau tulisan yang halimunan (tidak kelihatan). Mereka menggunakan berbagai kaedah untuk memastikan tulisan yang dipaparkan tidak dapat dibaca oleh pengunjung, antaranya ialah dengan menggunakan warna huruf sama atau hampir sama dengan warna latar belakang.
  2. meta tags. Semasa menulis meta tags atau pun tajuk, pastikan ianya berkaitan dengan isi kandungan yang dipaparkan.
  3. Pengulangan keyword yang terlampau. Keyword yang digunakan dalam meta tags mestilah tidak terlampau banyak sehingga akan dianggap oleh search engine sebagai satu bentuk penipuan. Jumlah pengulangan yang difikirkan sesuai adalah antara 3-7 kali bagi setiap 100 perkataan.