| PANDUAN DAN KOS UNTUK PERSIAPAN KAHWIN (SECARA RAMBANG) 1. Kadi Sebelum beberapa bulan ataupun dalam kurang 6 bulan lagi anda dan pasangan anda menentukan tarikh nikah, anda harus mendaftar di jabatan, tetapi sebelum mendaftar, anda dan pasangan anda kendaklah tahu asas kahwin yang akan diberikan, tarikh dan tempat nikah anda dan pasangan telah pun ditentukan. Setelah anda dan pasangan anda mendaftar, anda bolehlah menempah perkhidmatan Tok Kadi. Kos untuk perkhidmatan kadi : RM80.00++ 2. Kursus Rumahtangga Anda dan pasangan anda wajib untuk menghadiri kursus rumahtangga, jika tidak anda dan pasangan anda tidak boleh mengambil sijil nikah. Ini penting untuk anda dan pasangan anda untuk lebih bersedia untuk menghadapi alam runahtangga. Kos Kursus : RM80.00-+ untuk sepanjang kursus (Ikut tempat) 3. Perkhidmatan Mak Andam Mak Andam merupakan antara orang yang penting dalam perkahwinan. Mak Andam bertanggungjawab untuk menghias pengantin pada hari perkahwinan Kos Perkhidmatan Mak Andam : RM1200-+ (Bergantung pada budi bicara) 4. Photographer Selalunya Mak Andam akan mencadangkan photographer sekali. Jika tidak, anda dan pasangan anda hendak mencari sendiri. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kedai gambar. Kos Photographer : RM800++ 5. Kompang / Hadrah Adat orang melayu kenalah mempunyai kompang ataupun hadrah. Anda perlu mendapatkan khidmat kompang dan hadrah dalam tempoh paling kurang dalam 3 bulan sebelum hari perkahwinan. Kos Kompang / Hadrah : RM300 -+ 6. Dekorasi blok dan pelamin Inilah perkara yang menjadi tanda anda dan pasangan anda menjadi Raja Sehari. Dekorasi blok dan pelamin yang sesuai mampu menjadi ingatan setiap hadirin yang datang berkunjung ke hari perkahwinan anda. Kos Dekorasi blok dan pelamin : RM1000++ 7. Tukang Masak dan Khemah Kerusi Meja Anda perlu mempunyai tukang masak untuk menyediakan makanan pada hari perkahwinan anda. Anda juga boleh menempah perkhidmatan restoran ataupun hotel untuk menyediakan makanan untuk tetamu (bagi yang lebih berkemampuan). Kos Tukang masak dan Khemah Kerusi Meja : RM7000 (Berdasarkan Jumlah Tetamu) 8. Kenderaan Sekiranya pengantin lelaki ingin bertandang ke rumah pengantin perempuan yang jauh, anda memerlukan kenderaan untuk pengantin lelaki dan juga untuk keluarga pengantin lelaki. Kenderaan untuk tetamu juga perlu disediakan. Kos Kenderaan : RM300++ 9. DJ / Karaoke Majlis perkahwinan pastinya tidak akan meriah sekiranya tiada hiburan. Anda dan pasangan anda boleh menempah kelengkapan untuk karaoke dan juga perkhidmatan DJ. Kos DJ / Karaoke : RM850 10. Berkat & Cenderamata Pemberian untuk tetamu yang hadir. Contohnya seperti telur rebus, gula-gula ataupun biskut. Kos : RM3000-+ (Berdasarkan jumlah tetamu) 11. Miscellaneous (Perkara lain) Perkara-perkara kecil tetapi yang sangat diambil perhatian. Contohnya seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bil, lauk pauk kelengkapan majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan dan lain-lain. Kos : RM2500 ++ JUMLAH YANG PERLU ANDA KELUARKAN UNTUK MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN ANDA IALAH RM 17 110.00++ Jumlah di atas tidak termasuk hantaran dan mas kawin anda. Nilai di atas hanyalah dikira secara rambang berdasarkan harga dan kos pada masa sekarang. |