Buat duit di Internet?

Mungkin anda pernah mendengar cara mendapat RM10,000 dalam masa 10 minit, mendapat RM 100,000 dalam masa 1 bulan. Mungkin anda juga pernah membaca email berkaitan iklan-iklan sebegini yang boleh menarik perhatian ramai pengguna internet. Percayakah anda dengan hanya berada di depan komputer 10 minit anda akan perolehi RM 10,000 ?


Berhati-hati dengan iklan-iklan sebegini kerana bukan mudah untuk kita memperolehi jumlah wang yang besar begitu mudah. Sedangkan jutawan internet pun perlu bekerja keras untuk memperolehi kekayaan yang mereka miliki selama ini. Dunia internet memang global, anda boleh berhubung dengan sesiapa saja di dunia dengan mudah dan cepat. Anda juga boleh pasarkan produk anda dengan mudah keseluruh dunia. Anda memang boleh menghasilkan wang yang banyak di internet tetapi bukan dengan hanya 10 minit atau 1 bulan. Mana mungkin kita boleh lakukan demikian sedangkan jutawan internet mengambil masa 1-2 tahun sebelum bergelar jutawan. Fikirkanlah.

No comments: