Bekerja dalam sektor perkhidmatan awam
merupakan satu kelebihan yang dimiliki
oleh rakyat Malaysia.
Terdapat banyak kelebihan yang bakal
dinikmati sekiranya terpilih dalam bidang
perkhidmatan awam.
Bagi mendapatkan staf kerajaan yang
berkualiti dan berdedikasi, pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) telah menjalankan
beberapa proses penilaian, termasuklah peperiksaan
khas.
Dianggarkan lebih 40,000 rakyat Malaysia
akan membuat permohonan sesebuah jawatan
pada setiap tahun.
Prosedur penapisan yang dijalankan juga
telah mengakibatkan kegagalan kepada
ramai calon.
Salah satu puncanya ialah calon-calon
tersebut tidak mendapat pendedahan
berkaitan dengan format peperiksaan ini.
Sekiranya calon-calon tersebut mendapat
pendedahan awal, mereka pasti akan dapat
membuat persediaan dengan lebih baik.
Rakan saya ada menyediakan contoh soalan
peperiksaan khas untuk Pegawai Tadbir
dan Diplomatik (PTD). Soalan ini dikarang
oleh beliau berdasarkan kepada sukatan
peperiksaan PTD yang dirujuk dari
pihak SPA sendiri.