Panduan Lengkap Perbelanjaan Kahwin



>>>>>KLIK SINI<<<<<

Adakah anda tahu berapakah kos perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan?

Di sini saya memberikan panduan serta kos yang diperlukan untuk melangsungkan sesebuah perkahwinan.

PANDUAN DAN KOS UNTUK PERSIAPAN KAHWIN (SECARA RAMBANG)

1. Kadi

Sebelum beberapa bulan ataupun dalam kurang 6 bulan lagi anda dan pasangan anda menentukan tarikh nikah, anda harus mendaftar di jabatan, tetapi sebelum mendaftar, anda dan pasangan anda kendaklah tahu asas kahwin yang akan diberikan, tarikh dan tempat nikah anda dan pasangan telah pun ditentukan. Setelah anda dan pasangan anda mendaftar, anda bolehlah menempah perkhidmatan Tok Kadi.

Kos untuk perkhidmatan kadi : RM80.00++

2. Kursus Rumahtangga

Anda dan pasangan anda wajib untuk menghadiri kursus rumahtangga, jika tidak anda dan pasangan anda tidak boleh mengambil sijil nikah. Ini penting untuk anda dan pasangan anda untuk lebih bersedia untuk menghadapi alam runahtangga.

Kos Kursus : RM80.00-+ untuk sepanjang kursus (Ikut tempat)

3. Perkhidmatan Mak Andam

Mak Andam merupakan antara orang yang penting dalam perkahwinan. Mak Andam bertanggungjawab untuk menghias pengantin pada hari perkahwinan

Kos Perkhidmatan Mak Andam : RM1200-+ (Bergantung pada budi bicara)

4. Photographer

Selalunya Mak Andam akan mencadangkan photographer sekali. Jika tidak, anda dan pasangan anda hendak mencari sendiri. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kedai gambar.

Kos Photographer : RM800++

5. Kompang / Hadrah

Adat orang melayu kenalah mempunyai kompang ataupun hadrah. Anda perlu mendapatkan khidmat kompang dan hadrah dalam tempoh paling kurang dalam 3 bulan sebelum hari perkahwinan.

Kos Kompang / Hadrah : RM300 -+

6. Dekorasi blok dan pelamin

Inilah perkara yang menjadi tanda anda dan pasangan anda menjadi Raja Sehari. Dekorasi blok dan pelamin yang sesuai mampu menjadi ingatan setiap hadirin yang datang berkunjung ke hari perkahwinan anda.

Kos Dekorasi blok dan pelamin : RM1000++

7. Tukang Masak dan Khemah Kerusi Meja

Anda perlu mempunyai tukang masak untuk menyediakan makanan pada hari perkahwinan anda. Anda juga boleh menempah perkhidmatan restoran ataupun hotel untuk menyediakan makanan untuk tetamu (bagi yang lebih berkemampuan).

Kos Tukang masak dan Khemah Kerusi Meja : RM7000 (Berdasarkan Jumlah Tetamu)

8. Kenderaan

Sekiranya pengantin lelaki ingin bertandang ke rumah pengantin perempuan yang jauh, anda memerlukan kenderaan untuk pengantin lelaki dan juga untuk keluarga pengantin lelaki. Kenderaan untuk tetamu juga perlu disediakan.

Kos Kenderaan : RM300++

9. DJ / Karaoke

Majlis perkahwinan pastinya tidak akan meriah sekiranya tiada hiburan. Anda dan pasangan anda boleh menempah kelengkapan untuk karaoke dan juga perkhidmatan DJ.

Kos DJ / Karaoke : RM850

10. Berkat & Cenderamata

Pemberian untuk tetamu yang hadir. Contohnya seperti telur rebus, gula-gula ataupun biskut.

Kos : RM3000-+ (Berdasarkan jumlah tetamu)

11. Miscellaneous (Perkara lain)

Perkara-perkara kecil tetapi yang sangat diambil perhatian. Contohnya seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bil, lauk pauk kelengkapan majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan dan lain-lain.

Kos : RM2500 ++

JUMLAH YANG PERLU ANDA KELUARKAN UNTUK MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN ANDA IALAH

RM 17 110.00++

Jumlah di atas tidak termasuk hantaran dan mas kawin anda. Nilai di atas hanyalah dikira secara rambang berdasarkan harga dan kos pada masa sekarang.

ADAKAH ANDA MERASAKAN JUMLAH TERSEBUT MEMBEBANKAN ANDA?

ADAKAH ANDA RASA INGIN MEMBATALKAN NIAT ANDA UNTUK BERKAHWIN?

ADAKAH ANDA MERASAKAN DIRI ANDA TIDAK MAMPU UNTUK MENYEDIAKAN KOS TERSEBUT?

ADAKAH ANDA INGIN TAHU APAKAH RAHSIA UNTUK MENGUMPUL WANG UNTUK PERKAHWINAN ANDA?

JAWAPAN YA, ANDA BERTUAH KERANA ANDA TELAH MENEMUI PENYELESAIAN UNTUK MASALAH KEWANGAN ANDA.

Sila klik sini untuk mengetahui RAHSIA MENGUMPUL WANG UNTUK PERKAHWINAN ANDA